Friday, February 26, 2010

Negara Jiran

Salam jumaat semua... windunya ibu... dekat 2 minggu gak ibu tak menjelajah ke dunia blogging nih! Nak kata bz sangat pon tak! Nak kata tak dok depan pc pon tak jugak! Apa yang ibu dok buat pon tak tau laa... hahaha.

Tak mau sembang panjang la, cuma nak ajak sume gi negara jiran jap! Ibu dah jejalan sana tu pasal dapat makan Mee Bakso nie... Sedap wooo... sehingga menghirup sup! surpppp.... kihkihkih.

Sorry la kekawan yea... tak sempat nak ajak sama! Mee Bakso tu pon dah licin... (menu hari ahad lepas, smpikan nak masuk minggu lain pulak baru blh publish! hehehe...). Resipi nie dapat dari kawan indon ibu. Dia pon dah balik negara dia dah.... ibu je yang tak balik2 lagi nih! huhuhu... Terima kasih ya Neng.... resep baksonya enak bangat...

Mee Bakso

Bakso :
  • 500g Ayam/Daging
  • 50g Tepung Jagung
  • 1biji Telur
  • 1/2 Bawang Besar
  • 1ulas Bawang Putih
  • Garam & Lada Sulah
1. Tumis bawang besar & bawang putih.

2. Kisar bahan tumis bersama ayam/daging.

3. Gaul sebati bahan kisar bersama bahan2 lain.

4. Untuk bentukkan bulat dengan cepat, genggam sedikit dan picit keluarkan pada hujung genggaman.

5. Sudukan kedalam air mendidih atas api perlahan. Buat hingga habis.

6. Setelah masak, bakso akan timbul dipermukaan air.

Sup :
  • Bawang Besar + Bawang Putih (dikisar)
  • Kicap Manis
  • Garam + Lada Sulah
  • Kiub pati ayam/daging
  • Tomato
  • Air rebusan bakso
1. Tumis bahan kisar & kiub pati ayam/daging.

2. Masukkan air rebusan bakso (kalo kurang tambahkan air).

3. Masukkan kicap manis, garam & lada sulah.

4. Akhir sekali masukkan tomato & bakso.

5. Bolehlah dihidangkan dengan mee/bihun dan juga bahan2 sampingan seperti taugeh celur, daun bawang/daun sup, sambal kicap & bawang goreng.

2 comments:

ain said...

jarang mkn mee bakso ni sbb jarang jumpa.hehe

Sue @ Nenie said...

salam...saya memang sukeeee mee ni...kebetulan dkt ngan rumah ada gerai jaul ni,jadi selalu gaklah beli..
Dah ada resep ni, boleh ambil giliran ni....

Scenery