Thursday, February 11, 2010

Public Holiday

Hari ni, public holiday.... coti apa ntah! kihkihkih.... ibu nie mmg x amik tau langsung! Bila anak2 cakap oyasumi, oooo.... baru la terhegeh2 ibu ngintai kat kalender tu... emm, ghona merah. Betol la ada public holiday!

Bila dah holiday nie... rumah ibu riuh rendah la jadiknye... biasala ada anak2 kecik! Kekadang tu terpikir gak la... emm, bila anak2 ibu nak besar nih! Kurang skit poning kepala ibu.... Tapi kekadang bila anak2 gi skool, terpikir lain plak! Aduhai... pejam celik pejam celik... anak2 ibu dh besar ghupanye... dah gi skool sumenye... hehehe... mcm2 ibu nie... kekadang tu plak, bila riuh rendah nie, suke gak! Suke tengok gelagat deyrang... mcm2 kerenah & perangai ada... Terhibur skit hati nie. Hilang rasa penat lelah sepanjang hari!

Udah2 la ibu... byk pulak celotehnya! Hehehe... ok la kita layan minum petang la pulak. Takde idea, nak buat kueh apa... asik2 kueh manis2 je, arini tukar kueh pedas la pulak! Buat Tuna Pie je... sib baik anak2 ibu suke... tapi bukan la pedas sgt pon! skit je letak cili tu pasal deyrang boleh makan...

Tuna Pie

Pastri :

  • Tepung Gandum
  • Butter
  • Air Sejuk
  • Telur
1. Gaul tepung bersama butter hingga jadi serbuk roti.

2. Masukkan air sejuk & telur. Uli sebati hingga jadi doh & tak melekat ditangan.

3. Bahagi doh kepada 2 bahagian.

4. Canaikan & letak satu bahagian doh atas loyang. Cucuk2 dengan garfu.

5. Bakar pada suhu 180C selama 10min.

6. Keluarkan dan isi dengan inti. Kemudian tutup inti dengan satu bahagian doh lagi.

7. Kelim pada bahagian keliling dengan garfu & cucuk2 atas doh.

8. Sapu kuning telur atas pastri & bakar pada suhu 180C selama 15 - 20 min.

9. Sejukkan, potong dan sedia untuk dihidangkan.

Inti :

  • Tuna
  • Bawang Besar (dipotong dadu kecil)
  • Cili Padi
  • Daun Bawang
  • Lada Sulah
  • Garam
1. Tumis bawang besar.

2. Masukkan tuna, cili padi & daun bawang. Gaul sebati.

3. Akhir sekali masukkan lada sulah & garam.

6 comments:

ain said...

nxt week kat sini pun long holiday!! CNY...mesti kecoh ler umah bila semua ada!!!

geraugebang said...

Kita berkenan sangat kat pizza tempohari. ada resepi tak??? kalau dah dapat oven,macam nak buat ajeer...

emilia said...

slm k.fae..cntik la pastri akak tu..saya klo buat mesti pecah2 agk2 knpe yer..ade tips x nk dpt kulit pastri yg cntik cam tu kak..

iu rf said...

kak faee...rajinnyaaa..
haii bile a aa saya nk rajin cam kak faeee nih... uwaaa

♥LOVE2COOK♥ said...

Wow, tuna pie! Chedapppppppppp! nak 3 ketul! :)

openid said...

Salam Kak Fae,
Cuti-cuti semua ada kat rumah lah ye... riuh la tue tp mesti best ramai2. :)

ijan

Scenery