Tuesday, February 2, 2010

Tak nak sosej pan

Ish...ish...ish....lama dh cik microwave & cik BM tu dok keras kejong kesejukkan! Hari nie ibu bagi keje skit kat depa biaq panassss & lembut urat2 sendi tu!

Kani Pan

Sebenornye menu skool along ada makan bun, tu pasal la kene kejut cik BM tu bangun pepagi ari buatkan roti! Along dah pesan kat ibu dia tak nak sosej pan, ok la kite tukar selera skit. Jemu gak kan asik2 sosej je! Kali nie kite makan Kani Pan & Tamago Pan pulak!

Tamago Pan

Senang je... bukannye susah mana pon! Resipi bun asas, cuma tukar inti kat dalam tu letak crab stick & telur rebus je!

Kani & Tamago Pan

  • 300g Tepung Roti
  • 6sb Gula
  • 2sk Yis
  • 1sk Garam
  • 1sk Pelembut Roti
  • 3sb Mentega
  • 200ml Susu Segar
  • Crab Stick
  • Telur Puyuh Rebus
  • Sos Cili
  • Cheese
1. Satukan tepung, gula, yis, garam, pelembut roti, mentega & susu segar kedalam BM.

2. Pilih button utk doh. Tunggu sehingga siap.

3. Keluarkan dr BM, tumbuk2 sedikit doh utk keluarkan angin.

4. Bahagi kepada beberapa bhgn. (ikut selera kebesaran bun yang dikehendaki)

5. Canai doh, sapu sedikit sos cili, taburkan cheese & letak crab stick @ telur rebus.

6. Gulung doh utk crab stick dan bulatkan doh utk telur rebus.

7. Rehatkan sebentar, biar doh mengembang.

8. Bakar pada suhu 180C selama lbh kurang 12min @ sehingga kekuningan.

2 comments:

eynda said...

Kani Pan tu nampak sedap....sebab eynda suka crab meat :-)

♥LOVE2COOK♥ said...

Chedapnyeeeee! :)

Scenery