Tuesday, March 23, 2010

Sotsuenshiki

Alang dengan sijil tamat tadikanya

Omedetou alang, Muhammad Akmal Hazim!

Tadi pagi alang dah tamat dari youchien (tadika). Ibu, abah, acik & acu sempat la luangkan masa gi tgk sotsuenshiki (kindergarten graduation day) alang kat fujimi youchien. Cuma along je la yang tak ikut serta sbb along masih sekolah. Acik pulak mmg cuti la sbb youchien yg sama...

Sessi penerimaan sijil

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar... Ibu terharu sgt tgk sotsuenshiki tu... kebanyakkannya ibu2 semuanya mengalirkan air mata termasuk la ibu.... Air mata gembira, bangga dengan anak masing2! Anak2 dah membesar, dah tamat tadika & dah nak masuk sekolah 1 nensei (darjah 1).

Tersentuh ibu2 yg duduk kat dalam dewan tu, dengan irama yg syahdu, cerita2 mengimbas kenangan anak2 sepanjang mereka membesar bersama, belajar bersama, bermain bersama & mcm2 aktiviti lain yg mereka lakukan bersama... Ada juga ucapan dr sensei, ucapan dr anak2, nyanyian dari mereka... pemberian sijil tamat tadika, pemberian otegami (surat) untuk okasan (ibu) & pemberian bunga utk sensei (cikgu). Menarik sangat kalah konvo ibu abah dulu2...!

Ibu mula terkenangkan saat2 lahirkan alang disini 7thn yg lalu... thn pertama ibu jejakkan kaki kat bumi sakura ni! Alang membesar disini, mula kehidupan disini, sekolah disini sehingga la sekarang ni tamat tadika & dah nak masuk 1 nensei... sayu & tersentuh sgt hati ni! Semuanya akan jadi kenangan indah ibu sekeluarga....

Sankaku Harumaki

Hari nie, cuma bentou untuk along sorang je! Alang ada sotsuenshiki (kindergarten graduation day), acik pulak yasumi sbb ada sotsuenshiki tu & abah pon xde bentou jugak sbb gi tgk sotsuenshiki alang....

Kyoushoku along pon bebas, dh xde menu sekolah! Tinggal 2 hari terakhir sekolah sblm cuti nak masuk tahun baru. Jadi senang keje ibu. Buatkan bentou Sankaku Harumaki (Triangle Spring Roll) ala2 California Roll gitu.... Along mmg suke bebenor dengan harumaki nie. Nak buat pon senang & cepat!

Sankaku Harumaki (Triangle Spring Roll @ California Roll)
  • Sushi Rice
  • 1tin Tuna
  • Beberapa keping Nori (Dried Seaweed)
  • 1biji Telur (goreng dadar nipis)
  • 1btg Timun (dibelah 4 @ 6 - ikut kebesaran timun)
  • Mayonis Dressing
  • Bijan (digoreng tanpa minyak)
1. Sedia sushi rice. Gaul sebati tuna bersama mayonis dressing. Ketepikan.

2. Letak sekeping nori diatas penggulung sushi yg berlapik plastik. Kemudian letak sushi rice dan ratakan diatas keseluruhan nori. Taburkan bijan menutupi keseluruhan sushi rice.

3. Terbalikkan kepingan nori tersebut (sushi dibhgn bawah & nori dibhgn atas).

4. Letak telur dadar, diikuti dengan tuna bermayonis tadi & timun.

5. Gulung dengan penggulung sushi membentuk segitiga @ gulung bulat pon boleh.

6. Potong setebal lebih kurang 2cm.

7. Siap untuk dihidangkan.

** Isi dalam harumaki tu boleh dipelbagaikan...

Monday, March 22, 2010

Cerewet la pulak...

Gulai Ikan Salmon

Makan tengahari tadi dengan Gulai Ikan Salmon je! Takde lauk lain dh, angin malas dok tiup kencang sgt kat tingkap umah ibu nie... hihihi & untuk anak2 goreng je salmon selebihnya tu. Huahuahua.... manyak sinang kilija ibu wooo.... baik juga anak2 & mr hb x bising! Agaknya semua dah jemu asik makan lauk ayam daging je kot! Sesekali makan ikan sedap jugak kan... Kalo buat gulai ikan nie, ibu suke biar rasa masam2 sikit, lagi sodapp!

Bila datang petang teringatkan gulai ikan tu... Ish, sedap gak nie kalo buat Peknga aka Lempeng Kelapa cicah ngan gulai ikan. Semalam call msia, sembang2 ngan kakak dok cakap nak buat peknga... Apa lagi, kebetulan hari ni dah buat gulai ikan ibu pon teringat la nak buat peknga jugak.

Dah siap peknga tu... ajak anak2 makan, deyrang xnak pulak! Kata deyrang itu lauk makan ngan nasi la ibu... Loh! anak2 ibu nie, cerewet la pulak. Hai... terpaksa la ibu buatkan pulak Tuna Berkentang untuk deyrang... Hah! baru deyrang nak makan. Macam2 la anak2 ibu nie! Ibu & abah je la yang makan ngan gulai ikan. Apa2 pon, alhamdulillah... dh kenyang ibu sekeluarga makan petang ngan peknga tu! hihihi...

Peknga & Tuna Berkentang

Peknga aka Lempeng Kelapa
  • 3cwn Tepung Gandum
  • 1/2cwn Tepung Beras
  • 2cwn Kelapa Parut (guna kelapa kering je!)
  • 1biji Telur
  • Garam
  • Air Suam
1. Campur kesemua bahan2, gaul sebati (agak2 je pekat adunan tu).

2. Panaskan kuali non stick, sendukkan adunan. Masak atas api perlahan.

3. Buat hingga habis adunan.

4. Sedia dihidangkan dengan kuah kegemaran ketika panas. Juga sedap dimakan dengan gula.

Sejukkan tekak

Sumi jelly ada lebih skit lagi kat dalam esbok tu... emmm... dapat kat anak2 mmg kejap je la licin! Mau berebut anak2 ibu nnt.... Nak bg dapat byk & anak2 x berebut, ibu pon buat la Jelly Sumi Pandan nie... menarik pon menarik! Anak2 mmg suke tgk warna warni tu. Ibu kurangkan skit pandan paste tu biar warnanya light2 gitu... kalo terang sgt, tenggelam la pulak warna sumi hijau tu... hehehe

2 - 3 hari nie dh mula panas skit, walopon angin kuat & terasa sejuk lagi.... sedap jugak sejukkan tekak dengan jelly ni kan... moh la kite makan jelly sumi sama2....

Jelly Sumi Pandan
  • 15g Serbuk Jelly
  • 700ml Susu Segar
  • 200g Gula
  • Sedikit Pandan Paste
  • 10-16biji Sumi Jelly
1. Campurkan serbuk jelly, susu segar, gula & pandan paste. Kacau sebati.

2. Masak atas api sederhana hingga mendidih.

3. Dalam bekas/loyang, susun sumi jelly berselang seli warna.

4. Tuang (2) kedalam loyang yang telah disusun sumi tadi.

5. Sejukkan. Siap dihidang.

Sunday, March 21, 2010

Asik bertangguh je!

Dah lama tengok kat umah Ijan buat meatball in tomato sause... teringin jugak nak buat tapi tu la...asik bertangguh je! Bila la gamaknya leh buat ntah!

Kekononnya nak buat la semalam tu.... alih2 jadik benda lain pulak! Hahaha... kempunan betol la... Tapi nie pon ala2 meatball in tomato sauce jugak ar... cuma tukar nama sikit jadik Chickenball in tomato sause wif spaghetti....wah..wah...wah...panjang benor namanya.

Ibu buat ikut sempat bahan yang ada je! Main campak2 ikut citarasa ibu.... xsempat dah nak ikut2 resipi bagai tu. Ini pon pakai bakso je sebenornye... buat bihun bakso minggu lepas tu, bakso buat lebih & frozenkan. Nak pakai cuma kuarkan je...hehehe.

Chickenball in Tomato Sause wif Spaghetti

  • Bakso Ayam (chickenball)
  • Spaghetti (direbus spt biasa)
  • 1tin Tomato Pure
  • 2biji Bawang Besar (cincang dadu)
  • Sos Tomato
  • Sos Cili
  • Garam
  • Gula
1. Panaskan minyak, goreng bawang cincang hingga naik bau.

2. Masukkan bahan2 lain.

3. Akhir sekali masukkan bakso ayam.

4. Siap & hidangkan bersama spaghetti.

Friday, March 19, 2010

Idea anak2...

Sponge Cake wif White Cream

Yahoooo..... sonoknya anak2 ibu dapat makan k-ki. Along siap tanya :

"ibu, tanjyoubi sape arini? takde sape punye tanjyoubikan?".

"aah, mana ada sape2nye tanjyoubi. saje ibu buat. nape, x boleh ke?".

Hehehe...along cuma sengih je.... Nampak sgt ibu deyrang nie malas buat kek! Nak tunggu bufday sesapa baru la ada kek kat umah ni! hahaha.... sungguh kurang sopan!

Ntah, ibu pon x tau sebab apa tetiba rajin je nak buat kek tu... Memang susah betol ibu ni kalo bab nak buat kek bagai tu. Agaknya sebab tengok ada sekotak lagi nama kurimu tu kot! nnt kot expired rugi pulak kan....hohoho...

Alang minta ibu deco gmbr bola (kat mana dia pi tengok ntah!). Alahai anak ibu oi... mana la ibu korang ni tahu nak mendeco2 bagai tu... yg sempoi2 je boleh la... itu pon tak bape nak lepas garisan lulus lagi....kihkihkih

Ini la idea anak2! Sorang nak letak choco... sorang nak letak kacang... sorang lagi nak letak bintang... Last2 jadi la deco ntah apa2 ni! Tapi... sesekali tengok, cantik gak kan???? Puji anak2 ibu skit! hihihi.... Resipi sponge kek tu boleh tengok SINI. Senang sesangat nak buatnya! Bahan2nya pon tak banyak mana. Simple je!

Thursday, March 18, 2010

Layan baik

Jom kita sarapan ngan Udon White Sause. Resipi boleh tgk SINI. Kerap jugak la ibu dok buat udon white sause nie... anak2 yg suke sgt tp kalo ikut tekak ibu... tak bape layan! Ibu kalo boleh nak goreng je udon tu! Goreng pedas2 kaw2 punye... tapi alahai anak2 xmau pedas... terpaksa la ibu ketepikan niat ibu yg suci murni tu! kuang3...

Abah xde, ibu layan baikkkk punya ngan anak2! hahaha.... nape, selama nie xbaik ke???? Apa2 je la... ibu xde idea sebenornye nak celoteh apa! Jadi merapu meraban la sorang2...

Wednesday, March 17, 2010

Makan Sempoi

Hohoho....jom kita makan sempoi je....xmasak nasi pon! kita makan Bihun Bakso je la.... Aritu dah buat Mee Bakso, resipi leh intai kat SINI yea.... Kali nie kita tukaq bihun pulak! Sedapp wooo... makan time cuaca sejuk nie...

Sekarang ni cuaca tak menentu la... dah masuk Haru (spring season) tapi dok trasa sejukkk banget! Kadang tu hujan semedang... kadang tu sunny day cantik je tp angin punya la kuat... kadang tu pulok mendung sokmo!

Sepanjang jalan kat parking area depan umah ibu nie, pokok sakura dah mula malu2 tunjukkan tunasnya... ahah... 2 -3 minggu lagi mau berkemutih je la ngan bunga sakura.... sukenya... buat kali terakhir nak tgk bunga sakura! InsyaAllah....

Tuesday, March 16, 2010

Thanks Kak Inahar

Thanks kak ina ... maaf la baru ada masa nak gi angkut award kat umah kak ina! Asik bz semedang...

Semoga ukhuwwah sesama kita di alam maya nie berkekalan! Seronok dapat kenal ngan kekawan semua... Bila la agaknya kita semua dapat bersua muka ekk! Insyaallah, kalo umur panjang, diberi keberkatan masa... dapat la kita berjumpa.

Chawan Mushi

Intai isi kat dalam...

Kali nie... ibu letak n3 makanan nihonjin (org jepun) pulak ye... asik makanan msia je... dah dekat nak balik nie, makanan msia leh pulon nnt2 je! hihihi...

N3 sebelum nie ibu dah tayang japanese set & dah ada salah satu masakan ni... ya... Chawan Mushi. Meh kita tengok isi kat dalamnya pulak! Ada udang, crabstick, asparagus dll... Sedap jugak sesekali makan! Tapi kalo ikut tekak ibu (tekak org melayu) takleh nak masuk selalu... muak dengan rasa tamago (telur) tu...

Ibu dapat resipi ni dari sensei nihonjin, masa ibu awal2 dtg nihon ikut kelas Cosmo belajar bhs jepun. Dah lama tak buat! Sebenornya isi kat dalam chawan mushi tu boleh dipelbagaikan... ikut selera memasing!

Chawan Mushi @ Egg Custard Steam

  • 3biji Telur
  • 2cwn Dashi (stok ikan)
  • 1sk Garam
  • 1sk Kicap Manis
  • Cendawan
  • Udang
  • Scallop (x letak - xde stok)
  • Ginkgo Nut (x letak)
  • Crabstick
  • Brokoli/Asparagus
1. Masak dashi bersama garam & kicap hingga mendidih. Sejukkan seketika.

2. Kacau telur & masukkan (1).

3. Dalam mangkuk kecil2, letak segala bahan2 (cendawan, udang, scallop, gingko nut, crabstick, brokoli, asparagus) @ ikut selera masing2.

4. Kemudian masukkan (2) kedalam setiap mangkuk yang telah diisi bahan2 tadi.

5. Kukus selama lebih kurang 15min.

6. Siap untuk dihidangkan.

Ala2 Japanese Style

Japanese Set

Ohhooo... lamanya rasa ibu x jengah rumah persinggahan nie... asik dok bz ngan anak2 demam, lepas sorang... sorang...

Hari ni baru la berkesempatan... hehehe... anak2 gi skolah, mr hb pulak dah gi conference... baru boleh bercanda didepan pc!

Takde la nak story mory apa sgt! Cuma nak kongsi menu yang dah lepas pon! Along yang minta ibu masak ala2 japanese style. Tak bape menjadi sgt, xcukup set! Cadang nak buat miso tapi anak2 dah xsabar nak makan... hohoho... cuma sempat buat set ini je la... Sushi Rice, Chawan Mushi & Ebi Fry. Ok la..., asalkan anak2 puas hati ibu pon senang hati.

Sushi Rice

  • Nasi (dimasak seperti biasa)
  • 1/3cwn Cuka
  • 3sb Gula
  • 1sk Garam
  • Bijan (digoreng terlebih dahulu)
1. Campurkan cuka, gula & garam bersama nasi yang masih panas (seeloknya guna beras jepun, lebih sedap!). Gaul rata.

2. Taburkan bijan semasa dihidangkan.

Thursday, March 11, 2010

Salam semua....

Salam semua.... alhamdulillah hari nie ibu dah sihat berkat doa dari kekawan, dan blh dtg makan angin kat rumah persinggahan di alam maya nie dah....

Cuma ari ni sambung demam kat acu la pulak! Asik merengek je.... dah tu asal minum susu je, kuar balik! Aduss... poning ibu, dah la baru je baik domam & baju pulak menimbun minta dicuci... maklum la minggu nie hujan tak renti2! Maid ibu yang satu tu rehat betoi seminggu nih! hehehe... takpe biar dia rehat betol2 nnt bila cuaca dh ok, kita kerah dia buat keje lebey skit! hohoho.....

Dah 2-3 hari ibu xmasak apa2 kat anak2 ibu, sumenye mr hb yang buatkan... thanks abg, dalam dok bz ngan conference la... paper nak kena submit la... journal la... dan segala bagai tu... abg masih sempat luangkan masa ngan famili. Mau taknya, chef jyutaku 2-104 dah collapse la pulok!! hihihi....

Semalam, ibu dah boleh bangun dari 'pembaringan'.... sempat la jugak ibu buatkan Jelly Coklat nie untuk anak2... sonang je... jelly instant la katakan! Cuma tambah air, susu & gula je.... hahaha, senangkan...kan...kan...

Tuesday, March 9, 2010

Demam

Salam semua... ibu xbape sihat la minggu nie, demam skit. Nasib baik ibu sorang je yang demam, xtau la kot lepas nih berjangkit kat anak2 pulak!

Kepada semua kekawan yang sudi singgah ke blog ibu ni... sudi tinggalkan mssg/komen & bertanya khabar, ibu ucapkan terima kasih bebanyak! Minta maap la... ibu xsempat nak berkunjung balas. Insyaallah bila dh sihat betoi, ibu akan gi jejln serata dunia yea...

Ni pon dah dok rasa pening2 lalat... dok kira nak terbaring je! Semoga kekawan semua sihat & ceria selalu...

Wassalam

Friday, March 5, 2010

Kekretipan anak2

Semalam... mr hb bawa balik eskrem.... Dah lama tak makan eskrem sejak2 musim sojuk nih...grrrrrr

Apa lagi anak2 tengok kat tangan abah deyrang ada eskrem, pakat serbu la berebut nak makan. Bukan kata anak2 ja dengan ibu pon join sekali! Tersenyum je abah tengok gelagat anak2 & ibu...kuang...kuang...kuang...

Mula tu nak makan camtu je! Tingat la pulak kat choco syrup. Ish...kalo letak deco2 skit nih musti sodap gak! Ibu pon kuarkan la choco syrup tu. Anak2 tgk, deyrang trus tanya :-

"Ibu nak wat apa ngan choco tu?"

Ibu cakap la..."ibu nak letak atas eskrem tu..."

"ehhh...sedap ke?"

"mesti la sedap..."

Apa lagi...semua pakat dok amik cawan la... mangkuk la... gelas la...sorang satu! Deyrang pon nak deco2 gak! hehehe... Dah tu pakat nak wat sendiri, tak mau ibu buatkan.

Hasilnya.... tengok la kekretipan anak2 ibu mendeco eskrem masing2...Habis comot2 & bersepah2 meja dengan choco... karamel... kacang... biskut... Adusss... poning ibu!

Mr hb punye...

Along punye...

Alang punye...

Acik punye...

Ini pulak, ibu & acu punye...

Thursday, March 4, 2010

Pagi tadi alang tersenyum lebar...

Semalam sambil dok tgk tv ngan anak2, tetiba je alang cakap "ibu, esok alang nak bawa bentou nugget la... dah lama tak bawa nugget! selalu ebi furai je..." .

Hahahaha... anak2 ibu nih sggh prihatin ngan masakan ibu laa... mmg betoi la dah lama ibu tak buat nugget! Asik buat furai je... mana taknya ebi ke sakana ke... main goreng seketol2 camtu je. Tapi kalo nugget ni nak kena hancurkan guna FP..., malas nak kuarkan FP tu sebenornya... FP tu mmg jarang digunakan, tu pasal simpan buat perhiasan je! kihkihkih....

Tapi dah alang minta nak bawa bentou esok, kesian la pulak... (walopon kat list menu deyrang untuk esok xde nugget!) Ibu pon merajinkan la kuarkan FP & mula la keje2 menugget segala bagai tu!

Ibu lebih suke buat nugget guna resipi yg ibu dpt dr kawan indon nih... tapi renyah la skit berbanding dengan resipi yg lain tu! Sebabnya, rasa ayam & lembut ( ayat ibu la nih, xtau nak story camne!) Tapi kalo resipi lain tu rasanya agak kenyal ngan rasa breadcrumb... hehehe (lain orang lain citarasanya...).

Sebelum digoreng (mcm2 bentuk ada, kurus..., gumok...)

Setelah digoreng...sungguh enak dimakan begitu saja....

Dan... pagi tadi alang tersenyum lebar tengok dalam bekas bentou ada homemade nugget permintaan dia... Apa2 pon jom kita tengok resipinya pulak, mmg agak renyah skit sebab kena kukus dulu...

Nugget Ayam

  • 400g Ayam Boneless
  • 1/2biji Bawang Besar
  • 2ulas Bawang Putih
  • 5sb Tepung
  • 1biji Telur
  • Lada Sulah + Garam
  • Telur + Breadcrumb (utk coating)
1. Kisar ayam, bawang besar & bawang putih hingga halus.

2. Gaul bahan kisar dengan tepung, telur, lada sulah & garam hingga sebati.

3. Sapu loyang/bekas kukusan dengan sedikit butter.

4. Masukkan bahan (2) & ratakan. Kukus lebih kurang 15min.

5. Setelah siap kukus, sejukkan seketika. Potong nugget mengikut citarasa.

6. Salutkan dengan telur & breadcrumb.

7. Bolehlah digoreng & hidangkan.

Bom dah meletup!

Salam khamis semua....

Tolong...tolong... bom dah meletup kat toyohashi! Ibu sekeluarga memerlukan bantuan kecemasan...! Tetiba ada heli berlegar2 diruang udara & dah jatuhkan bungkusan betul2 depan pintu umah ibu (bungkusan kecemasan!) Dan.... isi kat dalam bungkusan tu...

Hahaha.... bungkusan kecemasan tu datang jauh dari.... bumi sakura gak! Dari mana lagi ... dari Kanazawa la.... Terima kasih bebanyak kat adik kita sorang nun Hana yang sangat prihatin ngan kekurangan barang keperluan opis ibu. hehehe...

Sungguh riang gumbira ibu bila buka je bungkusan tu... kuar senapang mata 3! Jangan ketawa ekk kekawan sume... hihihi. Ibu punya la dok mencari kat cni... 2-3 kedai kuar masuk tak jugak ketemu sama itu senapang! Ish.. ibu terlepas pandang kot! Kalo pegi kedai tu.. tmpt brg2 plastik tu la ibu serbu dulu tp xde gak! Ish... dah dekat nak balik msia, benda alah tu tak juga ketemu... Jeles tgk kekawan sume pakat dok pakai! Ikutkan barang tu dari nippon tp nape susah bebenor nak dpt!

Agaknya penduduk kat toyohashi ni xsuke pakai senapang mata 3 tu kot! Deyrang lebih suke pakai bom je...lagi senangkan...

Alhamdulillah dpt dari Hana... sekali 3 pulak tu! Boleh la buat letak sos & mayonis yang 2 tu... & 1 lagi tu boleh la wat projek menjala... hahaha... ketinggalan betol la ibu nih!

Apa2 pon terima kasih kat Hana yang susah payah antokan barang2 tu sume. Terharu sesangat!

Wednesday, March 3, 2010

Hai anak bujang ibu sorang

Anak bujang ibu yang sulong tu... sejak 2 menjak abis peksa nie rajin benor bertandang ke umah kekawan dia... depa siap gilir2 gi umah kawan, kalo time umah along, ada la 2-3 org kawan dia bawa balik! Saja datang main DS sesama... bukannya wat apa pon! Hai anak bujang ibu sorang nie...

Minggu lepas time dia gi rumah tomodachi yang sorang nie... siap bawa balik ringo 2 biji hah! Aduhai, malu pulak kita... anak2 deyrang dtg main umah kita xde bagi omiyage apa pon! Cuma ibu jamu makan je la... tapi susah jugak ngan anak2 jepun nih! deyrang tgk kueh pelik skit deyrang xnak makan! Biasa la... mesti la kueh2 msia ibu jamu kan.... Sib baik mmg dok sedia jajan2 gak kat umah nie... jadi ibu jamu jajan je la kat deyrang... hehehe...

Dari minggu lepas ringo tu dok diam dlm esbok! Takde sape nak usik! Ish... mau masuk tong jugak nnt nie... nape ntah sape pon xminta nak makan ringo tu!

Ibu pon buat je la Apple Crumb... Masa jamu kat anak2...,

Along cakap "eh, bukan chocolate ke ibu?". (ye ar, selalunya ibu suke buat chocolate crumb, nie tukar apple lak! Resipi Chocolate Crumb boleh tengok kat SINI) ...

Siap tanya lagi... "ibu bubuh ringo yang tomodachi bagi ke?".

Ibu cuma ngangguk je...

"Ala ibu, along nak makan ringo tu la..."

Ish along nie... dah seminggu ringo tu dok dlm esbok, tak nak makan. Bila dah jadi kueh baru cakap nak makan... Sib baik ibu guna sebiji je, yang sebiji lagi tu... ibu potong2 makan camtu je la...

Hai anak2, mcm2 hal! Selagi tak potong bagi kat deyrang mmg xmakan la... Yang ibu pon satu! Potong je la... kasik kat deyrang... mesti licinnye! Hahahaha...

Apa2 pon, selamat jugak 2biji apple tu kat anak2 ibu...

Apple Crumb

Crumb :

  • 3cwn Tepung
  • 1cwn Gula
  • 1sk Garam
  • 1sk Baking Powder
  • 1cwn Butter
  • 1biji Telur (dipukul)
Inti :
  • 1biji Apple (dipotong dadu kecil)
  • 2sb Butter
  • 2sb Gula
  • 1sk Serbuk Cinnamon
  • 1sk Tepung Jagung (dibancuh dengan sedikit air)
1. Untuk crumb : Gaul rata tepung, gula, garam & baking powder.

2. Masukkan telur & butter, gaul hingga jadi crumb.

3. Masukkan 1/2 crumb ke dalam loyang, tekan2 biar padat. Ketepikan.

4. Untuk inti : Cairkan butter. Masukkan apple, gula, serbuk cinnamon dan bancuhan tepung jagung. Masak atas api sederhana hingga pekat.

5. Masukkan inti kedalam loyang tadi.

6. Taburkan dengan crumb selebihnya menutupi bahagian inti apple.

7. Bakar pada suhu 180C selama 30 - 40 min.

Tuesday, March 2, 2010

Kueh feberet ibu

Ish! takleh jadi nie... jeles tgk kat umah kekawan sume ada menu serabai nih! Kueh feberet ibu pulak tu.... mana tahan! (nada berunsur jeles tu....hihihi)

Sib baik ada lagi sepeket tepung beras yang tinggal, apa lagi... tengok bahan2 sume cukup, ibu pon mula la projek serabai ni! Dah siap sume, tiba masa nak makan tu... tingat pulak kat mak & arwah bapa... arwah memang suka makan kueh nie... (al-fatihah).

Seumur hidup aku... ini yang pertama...pintu hatiku diketuk... utk buat serabai sendiri... hahaha... Kalo ada kat penang, mau pi beli je kat Pasar Tmn Tun Sardoon... Serabai kat ctu mmg kaw kaw punya... tak caya tanya org penang... hihihi. Seingat ibu, serabai kat ctu mmg dah lama terkenal sejak ibu bujang lagi rasanya...

Meh kita layan serabai buatan ibu nie la... Tapi tak la semontok yang jual kat tmn tun sardoon kat penang nun... & tak la secantik kat umah kekawan blogger kita... Apa2 pon ibu puas hati dapat jugak makan kueh feberet hasil tangan sendiri dan yang sonoknya... anak2 & mr hb suke banget!

Tima kasih bebyk kat tuan yg empunya resipi ni.. Delila kat My Resipi. Ibu nak letak kat cni pulak yea... Ibu cuma buat 1/2 adunan je.

Serabai
  • 500g Tepung Beras
  • 300g Nasi (kisar dengan sedikit air)
  • 1liter Santan
  • 11/2sk Yis
  • Garam secukup rasa
1. Campurkan yis dengan santan suam terlebih dahulu, aduk rata.

2. Kemudian campurkan kesemua bahan & kacau sebati. Peram selama 2jam.

3. Panaskan acuan serabai (ibu guna fry pan) dan sapu sedikit minyak.

4. Sendukkan adunan ke dalam acuan serabai/fry pan. Masak atas api kecil. Buat hingga habis adunan.

5. Ibu telangkupkan 2keping (ala2 orang buat jualan).

Kuah Serabai
  • 1cwn Gula Perang/Gula Melaka
  • 2cwn Santan
  • Garam
  • Daun Pandan
  • 2sk Tepung Jagung (dibancuh dengan sedikit air)
1. Campur kesemua bahan dan masak atas api sederhana hingga masak & pekat.

2. Bagi yang gemarkan rasa durian, bolehlah dicampurkan dengan isi durian @ lempok.

Monday, March 1, 2010

Bak kata acik...

Masa ibu dok sibuk ketuk pintu umah ke umah, tetiba sampai la kat satu umah nie... tanpa minta izin kat tuan umah tu, ibu memandai pi godek2 buka lemari buka esbok umah dia.... ternampak la stoberi muffin yang comel.... Kebetulan acik anak pompuan ibu nie dok duduk sebelah ibu, dia pon dok tengok juga muffin comel tu....

Apa lagi, acik cakap la... "nak chicai k-ki... nak chicai k-ki..." sambil tu dok sebut jugak "dulu ibu buatkan? nape ibu xbuat lagi?" (dah lama gak la x bermuffin bagai nie...) Alahai sian pulak kat anak pompuan ibu nie... Dia tak penah lagi minta ibu buatkan apa2 masakan kesukaan dia... mungkin belum pandai minta lagi. Apa yang ibu masak & bagi dia makan... itu aje la yang dia makan! Bukan macam along & alang, yang dah pandai minta ibu masakan itu ini...

Memandangkan nie la pertama kali acik minta nak chicai k-ki, ibu pon dgn penuh semangat, berenti memarathonkan jari jemari ibu nih! hehehe.... Ibu pi marathon kat opis ibu la pulak!

Masa dok sibuk nak wat chicai k-ki ni, acik pon sibuk nak tulun jugak. Dia yang bersemangat lebih... siap tulun aturkan paper cup la... tolong amik tamago (telur) dlm esbok la... dan bintang2 bertaburan tu pon dia la yang tulun letakkan... Maka jadik la chicai k-ki bak kata acik.... hehehe... dah boleh harap anak pompuan ibu wat keje kat dapur! Sikit hari lagi boleh la ibu bersara....

Minta maap yea tuan umah, ibu pi godek2 lemari tu... hehehe, sape lagi... umah CMG la... minta halal resipinya. Ni ibu letak kat cni pulak!

Strawberry Muffin
  • 180g Mentega
  • 140g Gula
  • 2biji Telur
  • 100ml Susu Segar
  • 220g Tepung Gandum *
  • 2sk Baking Powder * (* disatukan & diayak)
  • 1sk Perasa Stoberi
1. Putar mentega bersama gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar pada kelajuan tinggi.

2. Perlahankan kelajuan pemutar, masukkan tepung berselang seli dengan susu hingga habis.

3. Masukkan perasa stoberi dan gaul sebati. Sudukan adunan ke dalam paper cup yang dialas dalam acuan muffin.

4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180C selama lebih kurang 20min.

Scenery