Buat gempaq skit tajuknye tu... kihkihkih... Ni kes nengok
Peach Mirror Pudding kat umah k ummi kite yang tersohor tu le... maka ibu pon tirgoda gak!
Selongkar dlm kocek doraemon ibu, yang ada cuma mango...peachnye xde! Alahai, tak kisah la tukar skit dr recipe k ummi tu...hehehe! K ummi, ya ampunnn... mohon laluan peach mirror pudding ditukau jadi Mango Mirror Pudding yea!
Jom kita tengok mirror kat cni bersinar ke... lutsinar... hahaha
Alalala... x bersinar cam yg k ummi buat la.... mango tu men tabur je! x sempat ibu nak touch up cun2, buah tu kecik2 no ! (ish..ish.. salahkan buah tu pulak!)
Ok, nih posisi tepi pulak... lapisan atas tu, kelabu semacam je... hahaha, ni sebab xde pewarna kuning ar...
Dah la ibu oi! jom kita makan la... dok buat tayangan gambar bukannye kenyang pon! K ummi minta halal yea resipi nye... saya cnp je nih!
Mango Mirror Pudding
Lapisan Bawah :
- 300 ml air
- 150 jus mango
- 450 ml susu segar
- 150 gm gula
- 30 gm instant jelly
- 40 gm tepung kastad
- 1/2 sudu teh rata garam
- 2 biji kuning telur
- sedikit esen vanila
Lapisan Atas :
- 650 air + lebihan jus mango (jika ada)
- 60 gm gula (kalau ada lebihan jus tadi, bolehlah kurangkan gula kepada 30 gm)
- 25 gm instant jelly
- sedikit esen mango (*akak xda ni)
- 2 titik pewarna lemon yellow (akak letak je pewarna kuning)
Hiasan :1.
Untuk Lapisan Bawah : Dalam periuk, satukan semua bahan bawah, kacau sebati baru dijerangkan atas api sederhana perlahan. Ini untuk mengelakkan adunan jadi berbintil-bintil.
2. Sentiasa kacau adunan, masak sehingga agak pekat. (lebihkurang 8-10 minit). Tuangkan ke dalam acuan dessert. (*akak basahkan dulu acuan sebelum dituang adunan).
3. Biar dessert sejuk/keras, bolehlah taburkan buah mango.
4. Untuk Lapisan Atas : Satukan juga semua bahan, masak sehingga mendidih.
5. Tuangkan ke dalam mangkuk dessert tadi perlahan-lahan. (Kena tuang perlahan kerana dessert agak lembut, takut nanti lapisan bawah pecah dan berselerak).
6. Bila dah sejuk, masukkan ke dalam fridge. Enak dimakan sejuk.