Monday, February 8, 2010

Dah mula panas...

Strawberry Roll Cake

Salam petang senin semua....

Emm... microwave ibu tu dah mula panas la seminggu 2 nie.... hahaha.... xtau la kot sat gi penyakit M tu dtg semula kat tuan dia nie... emm, mau sejuk kejong balik! Jadi... sementara penyakit M tu dah pi jauh, baik ibu mulakan operasi membaking nie....

Buat roll cake je pon! Ok la, boleh jugak anak2 ibu makan balik skool nnt. Mula tu nak buat cream roll, sekali tgk alahai xde stok la pulak! Aaaaa.... tgk ada stoberi jem, ok gak!

Roll Cake (27 x 20cm)

  • 2biji Telur
  • 40g Tepung
  • 10g Butter
  • 30g Gula
  • Krim @ jem secukupnya (apa2 jem yg disukai)
1. Pukul telur pada kelajuan tinggi. Masukkan gula sedikit2 sambil terus putar adunan hingga gebu.

2. Setelah kembang & gebu, masukkan tepung, aduk rata dgn kaedah kaup balik.

3. Masukkan butter yang telah dicairkan terlebih dahulu. Kacau sebati.

4. Bakar pada suhu 170C selama lebih kurang 10 -12 min.

5. Sejukkan, sapu krim @ jem strawberi.

6. Gulung & hidangkan.

4 comments:

Am-flora said...

fae.., bak segulung, cam sedap tu!
nak buat malas sungguh...

Sue @ Nenie said...

Salam kak,
tgk gambar tadi ingatkan baulu gulung rupanya kek wif stoberi jem..sedapnyaaaa

♥LOVE2COOK♥ said...

Wah, cantiknya kek akak tuh! Cam kat bakery jer! nakkkkk :)

MamaFaMi said...

Nampak bahan pun cinonet je ni.. best kalau cuba try test! Terima kasih Fae... panas-panaskanlah lagi microwave tu ye...

Scenery