Thursday, July 9, 2009

Kocek Doraemon

Ish kalo la ibu leh jadik doraemon, kan senang...selok kocek bawa kuar apa yg ibu tingin.... hehehe, citer dongeng!

Meh cni doraemon, ibu nak selok kocek tu....apa la yg ada ni erk! Godek3 sat dlm kocek doraemon ni, ada tak apa2 alat yg leh letak kat dapok ibu!

Tara....ibu dapat nie la dr kocek doraemon....mesin pembuat Maki Zushi & Onigiri....Yatta!

Dan x ketinggalan gak! Doraemon sempat kasik kat ibu makanan kesukaannya.... x len x bukan....jeng...jeng...jeng.... Dorayaki ....tapi yg nie versi mat saleh ar...inti cokoreto bukannya kacang merah!

* Ada yg tanya nape dorayaki ni x bercantum/tutup dgn len pekataan tebukak ar...haha! jawapannya sebab dorayaki ni versi mat saleh & nak2 la ni musim hot...emm kene la bukak2 skit...sexy gitu....hehehe....

Dorayaki :

* 3biji Telur

* 2/3cwn Gula

* 1/2st Soda Bikarbonate

* 3sb Air

* 1cwn Tepung Gandum

* Inti Kacang Merah secukupnya

1. Masukkan telur bersama gula kedalam bekas & kacau sebati.

2. Kacau soda bikarbonate bersama air.

3. Kemudian masukkan campuran (2) ke dalam (1).

4. Masukkan tepung yang telah diayak ke dalam campuran (3) dan gaul rata.

5. Panaskan kuali (non stick) dengan api perlahan.

6. Tuangkan sesenduk adunan (lbh kurang 4" diameter). Tutup kuali & biarkan seketika sehingga adunan masak ataupun kelihatan gelembong2 kecil diatas permukaan adunan.

7. Ulang langkah (6) sehingga adunan habis.

8. Ceduk sesudu inti diatas pancake dan ratakan kemudian tutup dengan sekeping pancake lagi.

Inti :

*1cwn Kacang Merah

*2cwn Gula

*1st Garam

1. Rendam kacang merah semalaman.

2. Rebus kacang merah hingga lembut & tapis buangkan air rebusan.

3. Campur gula & garam, gaul sebati.

* Selain inti kacang merah, boleh juga digantikan dengan jem/peanut butter kesukaan anda.

* Resipi atas permintaan kak asma.

3 comments:

ain said...

cik doreamonnnnn...boleh tak jd cef saya..???? sy ni malas bab masak2 ni.hihihi

blogresipi said...

Wah2.. dorayaki seksi tu i nak mintak barang sekepeng due buleh? nak tambah peanut butter lak tutup sikit bahagian yg seksi tue.hehehe

c-idah said...

akk...idah mintak resepi eh..
nk cuba watlah..

Scenery