Tuesday, March 23, 2010

Sankaku Harumaki

Hari nie, cuma bentou untuk along sorang je! Alang ada sotsuenshiki (kindergarten graduation day), acik pulak yasumi sbb ada sotsuenshiki tu & abah pon xde bentou jugak sbb gi tgk sotsuenshiki alang....

Kyoushoku along pon bebas, dh xde menu sekolah! Tinggal 2 hari terakhir sekolah sblm cuti nak masuk tahun baru. Jadi senang keje ibu. Buatkan bentou Sankaku Harumaki (Triangle Spring Roll) ala2 California Roll gitu.... Along mmg suke bebenor dengan harumaki nie. Nak buat pon senang & cepat!

Sankaku Harumaki (Triangle Spring Roll @ California Roll)
  • Sushi Rice
  • 1tin Tuna
  • Beberapa keping Nori (Dried Seaweed)
  • 1biji Telur (goreng dadar nipis)
  • 1btg Timun (dibelah 4 @ 6 - ikut kebesaran timun)
  • Mayonis Dressing
  • Bijan (digoreng tanpa minyak)
1. Sedia sushi rice. Gaul sebati tuna bersama mayonis dressing. Ketepikan.

2. Letak sekeping nori diatas penggulung sushi yg berlapik plastik. Kemudian letak sushi rice dan ratakan diatas keseluruhan nori. Taburkan bijan menutupi keseluruhan sushi rice.

3. Terbalikkan kepingan nori tersebut (sushi dibhgn bawah & nori dibhgn atas).

4. Letak telur dadar, diikuti dengan tuna bermayonis tadi & timun.

5. Gulung dengan penggulung sushi membentuk segitiga @ gulung bulat pon boleh.

6. Potong setebal lebih kurang 2cm.

7. Siap untuk dihidangkan.

** Isi dalam harumaki tu boleh dipelbagaikan...

2 comments:

Shipudden said...

wah,,,,shedap..shedap...2 minggu lepas baru dpt mkn shushi dak2 student sini jual..dpt la ilngkan gian ..........

ley cube buat nih...tp x tau la bila gaknyer...pos p BAtu Pahat la kak... ngehehheheeh

Peri PiA said...

salam ziarah,salam kenal

waa menarik nya :)

Scenery