Tuesday, March 2, 2010

Kueh feberet ibu

Ish! takleh jadi nie... jeles tgk kat umah kekawan sume ada menu serabai nih! Kueh feberet ibu pulak tu.... mana tahan! (nada berunsur jeles tu....hihihi)

Sib baik ada lagi sepeket tepung beras yang tinggal, apa lagi... tengok bahan2 sume cukup, ibu pon mula la projek serabai ni! Dah siap sume, tiba masa nak makan tu... tingat pulak kat mak & arwah bapa... arwah memang suka makan kueh nie... (al-fatihah).

Seumur hidup aku... ini yang pertama...pintu hatiku diketuk... utk buat serabai sendiri... hahaha... Kalo ada kat penang, mau pi beli je kat Pasar Tmn Tun Sardoon... Serabai kat ctu mmg kaw kaw punya... tak caya tanya org penang... hihihi. Seingat ibu, serabai kat ctu mmg dah lama terkenal sejak ibu bujang lagi rasanya...

Meh kita layan serabai buatan ibu nie la... Tapi tak la semontok yang jual kat tmn tun sardoon kat penang nun... & tak la secantik kat umah kekawan blogger kita... Apa2 pon ibu puas hati dapat jugak makan kueh feberet hasil tangan sendiri dan yang sonoknya... anak2 & mr hb suke banget!

Tima kasih bebyk kat tuan yg empunya resipi ni.. Delila kat My Resipi. Ibu nak letak kat cni pulak yea... Ibu cuma buat 1/2 adunan je.

Serabai
  • 500g Tepung Beras
  • 300g Nasi (kisar dengan sedikit air)
  • 1liter Santan
  • 11/2sk Yis
  • Garam secukup rasa
1. Campurkan yis dengan santan suam terlebih dahulu, aduk rata.

2. Kemudian campurkan kesemua bahan & kacau sebati. Peram selama 2jam.

3. Panaskan acuan serabai (ibu guna fry pan) dan sapu sedikit minyak.

4. Sendukkan adunan ke dalam acuan serabai/fry pan. Masak atas api kecil. Buat hingga habis adunan.

5. Ibu telangkupkan 2keping (ala2 orang buat jualan).

Kuah Serabai
  • 1cwn Gula Perang/Gula Melaka
  • 2cwn Santan
  • Garam
  • Daun Pandan
  • 2sk Tepung Jagung (dibancuh dengan sedikit air)
1. Campur kesemua bahan dan masak atas api sederhana hingga masak & pekat.

2. Bagi yang gemarkan rasa durian, bolehlah dicampurkan dengan isi durian @ lempok.

7 comments:

ain said...

wahhh...dh buat dh dia serabai ni. mmg betul2 popular la kuih ni. kena cuba gak la.hehe

Kak Rose said...

sedapkan kueh ni, kak rose pun first taim buat dan makan ...kes jeles nengok kat umah kawan2 la tu....

Am-flora said...

oohhh.., ni pebret ibu eh? nape x cakap awal2 kita dah buat gak weekend ari tu! kita pun x prnah wat sndiri dulu2 nenek/mak jer yg buat kita tukang melantak jer..! sbb dulu nak buat leceh benar, slalu x mnjadi tapi skrg ada resepi yg mudah sukee pulak nak mncuba! sedap.. buat 1pkt tpg beras bawak balik rumah mak & mak sedara jamu serabai, habis licin.., alhamdulillah! biasanya serabai ni lawannya mmg kuah durian kan? kita x prnah lak makan dgn pisang cam tu! cam lain pulak..

MamaFaMi said...

Alahai, kesiannya, tepung beras dah tinggal sepeket je. Kenalah berjimat ye... Sedap kan serabai ni...

kaksu said...

Salam fa'e, sana sini nampak serabai ni, tak pernah rasa... kena masuk list gak ni...

openid said...

Adusss... cedappnye serabai.... teringin gak nak makan! gebu mcm pancake pulak nampak tue!

kin hashim said...

serabai? 1st time dengar nama kue nih. ingatkan penkek tadi..ehhhe..

Scenery