Monday, March 22, 2010

Cerewet la pulak...

Gulai Ikan Salmon

Makan tengahari tadi dengan Gulai Ikan Salmon je! Takde lauk lain dh, angin malas dok tiup kencang sgt kat tingkap umah ibu nie... hihihi & untuk anak2 goreng je salmon selebihnya tu. Huahuahua.... manyak sinang kilija ibu wooo.... baik juga anak2 & mr hb x bising! Agaknya semua dah jemu asik makan lauk ayam daging je kot! Sesekali makan ikan sedap jugak kan... Kalo buat gulai ikan nie, ibu suke biar rasa masam2 sikit, lagi sodapp!

Bila datang petang teringatkan gulai ikan tu... Ish, sedap gak nie kalo buat Peknga aka Lempeng Kelapa cicah ngan gulai ikan. Semalam call msia, sembang2 ngan kakak dok cakap nak buat peknga... Apa lagi, kebetulan hari ni dah buat gulai ikan ibu pon teringat la nak buat peknga jugak.

Dah siap peknga tu... ajak anak2 makan, deyrang xnak pulak! Kata deyrang itu lauk makan ngan nasi la ibu... Loh! anak2 ibu nie, cerewet la pulak. Hai... terpaksa la ibu buatkan pulak Tuna Berkentang untuk deyrang... Hah! baru deyrang nak makan. Macam2 la anak2 ibu nie! Ibu & abah je la yang makan ngan gulai ikan. Apa2 pon, alhamdulillah... dh kenyang ibu sekeluarga makan petang ngan peknga tu! hihihi...

Peknga & Tuna Berkentang

Peknga aka Lempeng Kelapa
  • 3cwn Tepung Gandum
  • 1/2cwn Tepung Beras
  • 2cwn Kelapa Parut (guna kelapa kering je!)
  • 1biji Telur
  • Garam
  • Air Suam
1. Campur kesemua bahan2, gaul sebati (agak2 je pekat adunan tu).

2. Panaskan kuali non stick, sendukkan adunan. Masak atas api perlahan.

3. Buat hingga habis adunan.

4. Sedia dihidangkan dengan kuah kegemaran ketika panas. Juga sedap dimakan dengan gula.

Scenery