Wednesday, January 27, 2010

Pelikkan???

Haaaa.... dok pi jalan sana jalan sini, asik nampak kueh apam je! Teringin la jugak ibu pon nak berapam nie. Tapi anak2 ibu nie xbape suke kueh apam.

Yang peliknye kalo adunan yang sama gak ibu masukkan dlm microwave tu jadik kek deyrang laju je... bila nampak ibu kuarkan dari periuk kukus & ibu sebut kueh... deyrang xbape bekenan! Pelikkan???? Agaknye ibu kena sebut kek kot! baru deyrang suke... hehehe! macam2 la kerenah anak2...

Apam Pisang

Ibu sesorang la yang kena perabihkan apam pisang tu...abah pon xbape suke... tu pasal ibu maleh nak buat apam bagai tu....

Apa2 pon thanks kat CMG. Ibu cilok kat umah dia la resipi nie...

Apam Pisang

  • 1 cawan tepung gandum*
  • 1/2 camca teh baking powder*(*digaul dan diayak)
  • 2 biji telur gred A
  • 100 ml minyak jagung (atau mentega cair)
  • 1/4 cawan gula
  • 4 biji pisang emas, sederhana besar*
  • 1/2 camca teh soda bicarbonate*
  • Secubit garam*(*disatukan dan lecek hingga halus)
1. Pukul minyak, gula dan telur hingga sebati menggunakan whisk. Masukkan pisang lecek, gaul rata. Masukkan pula tepung, kacau hingga sebati. Ketepikan.

2. Panaskan kukusan, sediakan acuan kegemaran , sapu dengan sedikit minyak pada acuan, panaskan 2 minit. Tuang adunan apam 3/4 penuh dan kukus 12 - 15 minit. Buat hingga siap.

3. Balut tutup kukus dengan kitchen towel untuk mengelakkan air menitis atas apam.

4. Keluarkan dan boleh dihidang bersama kelapa parut atau begitu sahaja.

2 comments:

ain said...

sedapnya apam!! kat umah ni , kuih2 pun tak berapa jalan.

Anonymous said...

budak2 memang tak berapa suke kueh kan kak.. kalau kek, cekelat laju ler... nasib le ibu kena perabihkan. hehehe..

Scenery