Tuesday, December 1, 2009

Permintaan

Lepas je demam sekeluarga aritu... nie la masakan pertama permintaan mr hb. Sian mr hb... sepanjang ibu & anak2 demam influenza tu, mr hb la yg dok masak! Thanks abg cayang.....muahhh.

Tengok je ibu baik demam. emmm... apa lagi, mr hb pon trus je suruh ibu amik alih tugas harian ibu! hahaha...tak leh nak berehat kejap! Dah tu siap minta nak makan Udon Ladna pulak! alahai... ibu pon ikut je la, ni pon men buat ikut apa yg ada dlm esbok tu je! Kalo ikut resipi asal mcm kat bawah nie....

Udon Ladna

  • Udon/Keutiau/Mee
  • Udang, Sotong, Ayam, Bebola Ikan
  • Sawi, Carrot, Jagung Muda, Kobis, Cili Merah
  • Bawang Putih (dicincang)
  • Bawang Besar (dimayang)
  • Tepung Jagung (bancuh dengan sedikit air)
  • Air Rebusan Daging
  • Sos Tiram, Kicap Cair, Serbuk Pati Ayam
  • Garam, Gula, Lada Hitam
  • Daun Bawang, Daun Sup, Bawang Gorang (untuk hiasan)
1. Goreng udon/kuetiau/mee bersama kicap cair selama 2~3 min. Angkat & masukkan ke dalam pinggan.

2. Tumis bawang putih, bawang besar & cili merah.

3. Masukkan air rebusan daging, udang, sotong, ayam, bebola ikan, sos tiram, serbuk pati ayam, garam, gula & lada hitam.

4. Masukkan kesemua sayur & bancuhan tepung jagung.

5. Setelah mendidih & kuah agak pekat, tuangkan keatas udon/kuetiau/mee tadi.

6. Sedap dimakan panas2.....

1 comment:

Am-flora said...

salam fae, wah! dah sihat ya? masak kan kita apa ek?? main order sakan lak ya! time nilah cik abg nak order macam2 kan? dah rindu air tangan fae tu!

Scenery