Wednesday, December 30, 2009

Pedas vs Tak Pedas

Ibu & abah nak makan pedas, yang anak2 x mau pedas... mcm mana tu? Emm... nak masak pedas ke... tak pedas... atoyaiii....

Ayam Masak Cili

Last2 masak 2 lauk, senang citer. Nak puaskan ati sume... Hah! kite makan lauk ayam je la, ibu dah malas nak masak yang lain...

Ayam Masak Kicap

Ayam Masak Cili

  • 1ekor Ayam
  • 1biji Bawang Besar
  • 2ulas Bawang Putih
  • 3biji Ubi Kentang
  • 7-10biji Cili Kering
  • 1sb Sos Tiram
  • 1sb Sos Cili
  • 1sb Kicap Manis
  • Garam
  • Daun Sup + Daun Bawang utk hiasan
1. Kisar 1/2 bawang besar, bawang putih & cili kering.

2. Goreng ubi kentang & ayam separuh masak. Ketepikan.

3. Tumis bahan kisar. Masukkan 1/2 bawang besar selebihnya bersama sos tiram, sos cili & kicap manis. Gaul rata.

4. Akhir sekali masukkan ayam & ubi yang digoreng separuh masak tadi. Perasakan dengan garam.

5. Siap untuk dimakan.

3 comments:

ain said...

we all pulak, mmg ikut tekak anak2. klu depa tak suka pedas, ain msk lah yg x pedas. sbb tu bertahun dh tak mkn asam pedas!!

LOVE2COOK said...

Love nak yang pedas pedas!!! chop chop!!! :)

blogresipi.com said...

Kak Fae, kite pun nak yang pedas-pedas jugak. heheheh. selamat tahun baru! :)

Scenery