Saturday, December 26, 2009

Meriahnya

Pi supa, tgk ada la jual stoberi nie. Tgk rege... mak datuk ai mahai gilos! ye la bukan musim dia... sambil mata dok terkedip2 tu dok pikiaq la, manis kot tu pasal mahai! x byk soal, terus masuk bakul!

Balik umah, basuh bersih2 kekonon nak makan ichigo ni sambil bersantai depan tv la.... al maklum la, sejuk2 nie malas nak buat apa! dok bawah koutatsu sambil ngadap tv je la kojonye! hehehe...

Uwwaaa.... MASAM PIANG! anak2 pon x mau makan. Emm... tingat kat umah adikku yang sorang tu penah tayang dessert nie. Dah xde sape nak makan, ibu pon wat je la Strawberry Yogurt Triffle. Hana chan, gomen ne.... k fae cnp & minta halal yea...

Hahaha.... meriahnye ghona! merah sgt la makngah! Yuki dah turun.... selubung abis stoberi ibu yang masam piang tu! kihkihkih... Anak pompuan ibu, si acik tu la yang dok sibuk nak tolong memeriahkan suasana dlm gelas tu...

Strawberry Yogurt Triffle

  • 250g Strawberry
  • 2sb Gula
  • 1/4sk Esen Vanila
  • 200g Plain Yogurt
  • White Choc
  • Mix Choc untuk hiasan
  • Strawberry untuk hiasan
1. Potong strawberry kecil2. Masukkan ke dalam mangkuk.Taburkan gula dan juga esen. Gaul rata. Tutup mangkuk dengan plastic wrap dan masukkan ke dalam peti beku sekurang2nya 4jam atau semalaman. (x bekukan pon).

2. Susun strawberry ke dalam gelas. Letakkan choc diatasnya. Kemudian masukkan pula yogurt dan ulang langkah ini hingga gelas agak2 penuh. Hiaskan dengan strawberry di atas skali dan sprinkle dgn mix choco.

3. Siap dihidang.

5 comments:

E-na Zarina said...

Salam kakkkkk..windunya! hehe mengancam n meriah triffle tu...oiishii!

blogresipi.com said...

Alahai masam pulak.hehehe.. buat gitu ok la cikit kan kak fae... geram juga kalau beli mahal2 pehtu masam. :D

iu rf said...

masam ke... ish34....

tp cantik la.. look yummy!

LOVE2COOK said...

Wow! Memang meriah! Love nak segelas tuh kak! ;)

hana said...

huahuahua... setakat nih tk penah lg bli stoberi yg masam piang kat jepon neh! syian la akak kat sana.. hihihi

Scenery