Thursday, December 17, 2009

N3 Semalam

Semalam kalut apa ntah... sampaikan x sempat nak dok depan pc nih! Jadi tergendala sebentar la n3 semalam... arini baru la ada kelapangan skit! Tu pasat ar ali ni ar balu lapat masuk itu entili maa...hehehe!

Layan je la menu semalam yang dah licin pong! Puding Jagung nie along yang minta ... Sian la pulak! dari 2 minggu lepas asik dok layan permintaan alang je! Semalam ibu layan la permintaan anak sulong ibu pulak!

Puding Jagung

  • 1cwn Tepung Kastard
  • 1cwn Gula
  • 1cwn Jagung (Cream Style)
  • 5cwn Santan
  • Sedikit Garam
1. Masukkan kesemua bahan2 & kacau sebati.

2. Masak atas api sederhana sambil terus mengacau supaya tak berketul.

3. Bila puding dah meletup2 maksudnya dah masak le tu.

4. Masukkan dalam loyang & sejukkan.

3 comments:

TintaCyber/DapurkuBerasap said...

ak fae..puding nie kegemaran saya juga...nak bawa pinggan nak minta...kak fae duduk jauh sangat..hihi..apa2 pun"Selamat Tahun Baru"...

blogresipi.com said...

Kite taknak bergaduh.. kite nak makan puding jagung jer... tolonggg!!!! hehehe

indahhouse said...

Salam Maal Hijrah, kak fae.
hihi. dah bawa pinggan ni. saya suka puding jagung ni. lama dah tak makan...yummy!

Scenery