Wednesday, December 9, 2009

Demam KD Lagi...

Hahaha.... jgn terpedaya ngan tajuk tu yea... Ibu dah mai demam lagi ! Kali nih demam yg x leh lepas ngadap PC bukan demam x leh berenggang ngan tilam bantal... ( yea ar... kalo demam betol tu mau dok terbaring jer! )

Demam KD nih buatkan ibu malasssss sesgt nak masuk dapur! Tapi dek kerana nnt mr hb melenting... mau x bagi ngadap PC nih! hah.. ibu pon merajinkan jugak ar buatkan menu yg mudah2 je! kihkihkih.....

Jom kita makan bingka roti je ekk! Anak2 ibu mmg suke bebenor ngan Bingka Roti Berkrim nih... Sekali ngadap je licinnn... Nak buat pon senang je... Ibu guna kerak2 roti @ bhgn tepi2 roti tu. Anak2 ibu ni kalo makan roti deyrang x suke yg bhgn tepi tu, keras kata deyrang... Nak buang mottainai la plak! Jadi, ibu pon simpan je bhgn tepi tu & buat bingka roti nih!

Bingka Roti Berkrim

Bingka Roti :

  • 500ml Susu Segar
  • 8kpg Roti
  • 5sb Gula
  • 2sb Butter (dicairkan)
  • 2biji Telur
  • 1sk Esen Vanila
  • 1sb Serbuk Cinnamon
  • Sedikit chocolate drop utk hiasan

1. Koyak2 roti & rendam dengan susu segar lbh kurang 1/2jam dalam loyang.

2. Kacau bahan2 lain hingga sebati. Tuangkan ke dalam (1) & gaul sedikit biar bahan2 tersebut bercampur dengan roti.

3. Taburkan dengan chocolate drop sebagai hiasan.

4. Bakar pada suhu 180C selama 30min.

Krim :

  • 200ml Susu Segar
  • 2sb Tepung Kastard
  • 3sb Gula

1. Gaul kesemua bahan2.

2. Masak atas api sederhana & sentiasa kacau supaya tidak berketul.

3. Masak hingga agak pekat.

4. Tuangkan atas bingka roti semasa menghidang.

4 comments:

E-na Zarina said...

sedap nmpaknya bingka roti k.fae ni..nnt E-na dtg salin resepi yek...ni bb ada atas riba x sempat, he he

ain said...

cantik bingka roti fae tu!!!

hazila said...

Salam Fae. Tak sempat nak simpan kerak roti tu le. Kadang kala terus masuk tong. Tak baik betul kan....

Anonymous said...

Salam Kak Fae,
bingka roti memang best kan..ade lak sos mcm tue... bestnye!

Scenery