Saturday, October 17, 2009

Sankaku to Shikaku

Arini hujan sepanjang hari..... Dah hujan2 + sejukkkk nie, mula la perut pon bernyanyi riang! (cam katak panggil hujan je!).

Hujung minggu.... nak kuar jejln xleh dgn alasan hujan, hehehe... Mula ibu pon wat obetaim la petang2 nih! Selongkar apa yg patut, jadi la Apple Pie nie....

Siap wat 2 versi lagik! Sankaku to Shikaku Ringo Pie. (Tigasegi & Empatsegi)

Apple Pie

Inti :

  • Epal dipotong kecil2
  • Kismis (optional)
  • Serbuk Kayu Manis
  • Gula
  • Mentega
  • Tepung jagung

Pastri :

  • Mentega
  • Tepung
  • Air sejuk
  • Telur untuk disapu atas pastri

1. Untuk pastri, gaul mentega & tepung hingga jadi serbuk roti.

2. Masukkan air sejuk & gaul hingga jadi doh yang lembut.

3. Tutup dengan kain lembab selama 10 - 20min.

4. Untuk inti, cairkan mentega kemudian masukkan epal, kismis, serbuk kayu manis, gula & kacau sebati.

5. Masukkan bancuhan tepung jagung & kacau hingga agak pekat. Sejukkan.

6. Bolehlah dimasukkan inti kedalam pastri mengikut citarasa memasing & sapu telur diatas pastri yg telah disiap dibentuk.

7. Bakar pada suhu 180 C selama 20min @ hingga masak.

p/s : sukatan men agak2 je...hehehe!

3 comments:

Anonymous said...

sejuk sejuk hujan best dpt mkn kuih panas2 nie kak fae.pastu selimut sampai pengsan.heheh

Suzana Ikram said...

nmpk sedap tu fa'e.. pos le kt sini sikit.. hehehe..

ain said...

hmmm...sedapnya!!! comel2 pulak tu!! geram tengok!!!

Scenery