Friday, October 2, 2009

Palestinian Dessert

Tetiba tingat satu recipe yg dpt dr mak arab palestin nie... ish! lama dah tak makan sejak mak arab nie dah balik ke negara asalnya... hehehe... ye la, dolu2 masa mak arab nie berjiran ngan ibu, selalu gak dia antar dessert nie... tp sejak dia dah balik for good ni... hahaha, dah tak merasa laa.

So... petang tadi ibu pon wat la sendiri... emm... bukannya susah mana pon! bahan2 pon senang nak dapat! rasanya pon leh tahan gak! Rasa lemak2 manis bersusu & krup-krap2 ngan walnutnye tu.... Ibu wat 2 jenis, 1 yang ada kismis toppingnya tu n 1 lagi kosong je... sebabnya anak2 ibu nie tak suka kismis.

Haa... nie dia rupa paras setelah diceduk kuar bila nak makan tu. Sebenornya, dessert nie sedang keras je & boleh dipotong mengikut citarasa kita. Tapi dek kerana takde stok peanut butter kat umah ibu nie... jadi dessert nie agak terlembik la skit! tak leh la nak potong... bila nak makan tu men ceduk je la... adoyai.... Ibu lupa la pulak nama dessert nie dalam bhs arabnya... apa2 pon thank u to Sis Iman for the marvellous recipe.

Palestinian Dessert (Milky Peanut Butter)

*Susu Segar

*Gula

*Corn Starch

*Bread Crumb

*Butter

*Peanut Butter

*Walnut

*Kismis

Lapisan Bawah :

1. Cairkan butter. Alihkan dari api, campurkan peanut butter, gula & bread crumb. Kacau sebati sehingga menjadi doh.

2. Dalam bekas yang telah dilanserkan dengan butter terlebih dahulu, masukkan doh tadi sambil ditekan2 sehingga padat.

3. Tabur walnut diatas doh. Ketepikan.

Lapisan Atas :

1. Campur susu segar, gula & corn starch. Kacau atas api perlahan sehingga masak & agak kental.

2. Tuang adunan diatas lapisan doh tadi. Hiaskan dengan kismis.

3. Sejukkan di dalam peti ais.

** Lapisan atas, boleh jugak digantikan dengan chocolate paste.

2 comments:

ain said...

wahh...mcm sedap je fae. blh masuk list ni!!

E-na Zarina said...

E-na amik yer resepi ni kak...Q dlm list dulu...tq

Scenery