Blog mengenai menu masakan hasil dari gadingan tangan kiri dan kanan ketika berada di dapur. Ada yang moden dan ada yang asli, ada juga mix dari gabungan idea ketika aku berada di Nippon...
Thursday, May 28, 2009
Hujan Mud
Wednesday, May 27, 2009
Ada Keje...
Tapi xpe, arini ibu cuba gak, dek sbb terliur nengok umah owang len sume pakat dok wat... Taraaaa....Brownies Cheese Cake ala2 owang maleh....dah lulus ujibakat ibu.
Alang2 dok menyemak opis ibu nie...ibu pon terrrwajin la carik keje len bagi semak lagik opis nie! Hahaha....jadik satu lagik menu mengemukkan badan ibu....Choc Cup Cake lagisss...
Tuesday, May 26, 2009
Takde Keje...
Ibu kena abiskan...
Sunday, May 24, 2009
Hujung Minggu
Tetiba je abah cakap "ish, kalo dapat makan laksa sedap ni..." (ayat berbaur request tu...) Emm...gayanya mcm nak kena buat laksa la plak! Masakan yang paling ibu xgemar nak wat! Bukannya apa, sebab nak wat kuahnye tu...bery2 renyah...(bagi ibu la...bg org len idak la kot!) Itu sepasal, yg pastinya ibu nie tak bape nak minat ngan laksa nie. Pelik kan, kalo org lain bukan men suke lagi ngan laksa...tapi idak bagi ibu, hahahaha...tak tau sebab ape! Ok la, disebabkan my hb dah tingin nak makan kena la jugak wat kan Laksa Utara untuk cik abang sayang...
Mai petang, ibu rasa cam lapo la pulak! Yea la dah makan laksa je...ibu pulak bukannya pulun sgt laksa tu! Emm...nak tak nak kena gak wat ape2 utk ngunyah ni! Meh le kita makan sama2 Apple Roll Bun .
Abih la ujung minggu ibu camgitu je...kononnye nak lepak2, tak nak mikir masak2...tapi kene jugak memikiornye! hahaha, dah nama pompuan, isteri & ibu mmg tak leh ar nak elak menda2 tu sume.....
Saturday, May 23, 2009
Sebab Wanita Cepat Nampak Tua
Ada segelintir kaum suami mudah mencari perempuan lain kerana menganggap isteri mereka sudah tidak cantik, nampak tua, gemuk.. Tapi tahukan anda semua wahai kaum suami sebab-sebab yang menjadikan para wanita khususnya isteri & ibu cepat nampak tidak menarik di mata anda?
1. Tahukah anda, jika kita makan dengan perlahan dan mengunyah makanan sehingga benar2 hancur, itu akan membantu proses penghadaman kita, sekaligus mengelakkan kita gemuk.. tetapi kasihan kaum ibu ni, terpaksa makan laju2, telan terus tanpa sempat dikunyah kerana nak memujuk anaknya yang menangis. Tapi si suami.. layan jer sambung makan, buat2 xdengar anaknya menangis. So, wanita pun mudah jadi gemuk sebab makanan x sempat nak hadam betul2.
2. Wanita juga mudah gemuk kerana sifat mereka yang tidak suka membazir. Makanan yang tidak habis dimakan oleh anaknya, maka dialah yg akan menghabiskannya pulak. Sayang katanya... takut membazir. Membazir tukan amalan syaitan. Si suami pulak dengan riaknya mengatakan "kau ni kuat betul makan!"
3. Bila anak menangis tengah malam nak minum susu, bapaknya akan tido mati terus.kalau yang dengar pun buat2 tido lena sbb malas nak bangun, malas nak ganggu tido nya.wanita lah yang dalam semalam, berapa puluh kali terpaksa bangun membuat susu utk anak.. Bila x cukup tido, mulalah muka nampak letih dan cepat nampak tua. Kedut2 pun mula wujud. Masa tu guna Total Effect ker, aper ker... xkan nak hilangnya. Petua utk cantik kan ada dua yang penting, minum air banyak & TIDUR SECUKUPNYA.
4. Dan bagi wanita yang berkerjaya, sudahlah penat bekerja utk membantu menambah pendapatan keluarga, bila balik rumah, semuanya dialah yang kena uruskan. Dengan perangai anak2, perangai bapaknya... nak itu, nak ini.. So, wanita pun membebel, marah2... dan bila marah2, banyak leter, so cepatlah jadi tua..
Kesimpulannya. ..wanita cepat tua & cepat gemuk adalah disebabkan LELAKI atau lebih tepat lagi SUAMI.. Oleh itu, hargailah segala pengorbanan isteri anda. Mungkin sekiranya sehari sahaja isteri anda tiada, dan anda perlu memikul tanggungjawab dia sementara, anda mungkin tidak mampu melakukan seperti dia..
heheh......just for fun ok!
#Sumber dari Internet
Thursday, May 21, 2009
Bosan
Tapi ibu ni biasa la, kalo bab lauk emmm... xbape byk idea r... sbbnya anak2 ibu termasuk abah sekali lbh prefer ayam goreng je! Tu pasal ibu dah ter'tune' asik nak wat ayam goreng sampaikan xde idea nak masak lauk-pauk lain...hehehe...(alasan je tu, kata abah)
Ok la... jom kita makan len skit dr lauk ayam goreng tu! Ibu buatkan masak Kari Telur (ayam nyer telur gak! hahaha) & Ebi Furai. Tapi ebi furai tu yang licin dolu sbbnya anak2 ibu nie meratah je...cicah ngan cili sos. Nampaknye makan nasi berlaukkan kari telur je la...huhuhu....
Tuesday, May 19, 2009
Pau Mengepau
Alhamdulillah dah terhasil kueh pau ibu....bukan setakat terhasil je, tapi dah licin pon! hahahah.... Semalam dok rajin menjegah dari rumah ke rumah, tup2 terjatuh hati masakan kat rumah Dr Ina.
Apalagi, maka ibupon merajinkan la diri ini buat kueh pau yang dah agak lama jugak laa ibu tak buat! Tapi ibu buat Kueh Pau Sekaya sbbnya kacang merah out of stok la pulak!
Duren...Duren...
Hah! jangan tak tau no...apa, ingat kat Nihon xde jual durian ke? Cuba intai betul2...ni durian beli kat nihon laa...tapi bukan la durian kampung mcm kat msia tu...ni durian import dari negara jiran...
Semalam gi shopping skit barang2 dapur, nampak la durian nie...so trus capai tanpa pikior pjg! Sebab pe? Sbb murah la...biasanya mahal gilos! Anak2 bukan men suka lagik! Nak2 along tu, mmg hantu durian...Alhamdulillah, oishikatta!
Tq abang...nanti boleh la kita gi ngintai lagik yea...kalo masih ada rezeki, boleh ar rembat lagik! nak buat kuah durian lak, makan ngan pulut! oishi sooo....
Monday, May 18, 2009
Ame No Hi
Tapi anak2 dok bising, lapo...ye lah dah hari hujan, sejuk2 nie...mesti la perut minta diisi je...nak tak nak, ibu terpaksa korbankan 'my peberet drama'. Kena la masuk opis kesayangan ibu nie...
Jom intai apa ibu buat yer...?
Friday, May 15, 2009
1st Time Layan Tag
Layan tag dari Afiq :-
Anda rasa anda hot?
Eee...xsuke r hot2 ni, akak suke angin spoi2 bahasa gitu, rasanya cool la gamaknye..kwang2
Upload gambar kegemaran anda
Kenapa suka gambar nih?
Sbb pe erk? Sbb akak mmg suke menikmati keindahan alam...
Bila kali terakhir makan pizza?
Emm...last month kot! lupa laa...byk sgt makan...(homemade pizza)
Lagu terakhir yg anda dengar?
Isteri Solehah (The Zikr - ceh! promote skit) mmg suke bebeno sbb harap2 dpt r jadik cam tu...
Apa yg anda buat selain selesaikan tag ini?
Eh! Lagi mau tanya ka? Dah dok ngadap PC...paham2 je la...
Selain nama anda sendiri, anda suka dipanggil ngan nama apa?
Semustinya FA'E..ingat lagi masa kecik2 dolu, akak xtau nak sebut nama pjg2...dr Faridah jadik Fae je, tu pasal lekat smpi skrg!
Mangsa tag seterusnya jatuh kepada...;
1) Ummi Echah
2) Dr Ina
3) Akhis
4) Nurulz
Award Terima Kasih
Thursday, May 14, 2009
Janji dah tertunai
Alhamdulillah...janji ibu pada anak ibu dah tertunai. Ibu buatkan Roti Pandan Sekaya Kebetulan ibu buat sekaya telur tapi... huhuhu cedih nie! Abah kata gudang gula pecah kot! Sekaya telur tu manis semanis2nya.... mula tu rasa cam tak manis so ibu pun tambah la gula lagik...tup2 dah masak, aduhai manisnya sekaya ibu, hehehe semanis tuannya la...hahaha!
Yang penting, anak2 ibu hepi dapat makan roti panas2 walopun sekayanya manis tapi bila dah makan ngan roti ok je..., baunye pon semerbak... bau pandan la katakan! Nak2 alang, bukan main hepi lagik senyum smpi ke telinga... sbbnya ibu dah tunaikan permintaan dia...
Apa-apa pun boleh...
Menu makan along & alang ada makan roti la pulak! Ibu tanya ar kat anak2 ibu, "Nak bawa bentou (bekal) apa ari ni, ibu tak sempat buat roti la...kyoushoku (makanan subsidi sekolah) ada makan roti ari ni...." Dengan selamba je anak2 ibu jawab serentak : "Apa-apa pon boleh..." Wah! dalam hati ibu tersenyum riang... alhamdulillah, anak2 ibu tak banyak songeh, senang keje ibu...Makanya ibu pon dengan senang lenang memulakan keje kat opis ibu ni...
Alhamdulillah dapat la ibu sediakan bentou seadanya je kat anak2 ibu... So, ibu wat kan Roll Tamago , Yasai Sofuto no Cekua & Salmon Goreng Berkari . Simple kan..kan..kan... Masakan ni sume juga merangkap makan tengahari untuk ibu sekeluarga. Malam kang citer lain lak!
Nak dijadikkan citer, tetiba alang datang ngintai apa yang ibu masak utk bentou tu... alih2 boleh alang cakap, "Ibu mana pan (roti) ?" Aduss...anak ibu sorang nie, tadi ye2 cakap apa2 pon boleh, tup2 tanya pulak mana pan..
Aduhai..nie yang wat ibu bengang.. Terpaksa la ibu cakap je, "Ibu tak sempat nak buat pan...takpe lah nanti balik sekolah ibu buat kan yea..." Nasib baik alang leh terima... Nak tak nak petang kang ibu terpaksa la turun padang buatkan pan untuk minum petang. Nasib badan...dah janji kena la kotakan, ye tak?
Wednesday, May 13, 2009
Choc Moist Cake
Monday, May 11, 2009
Selingan
Hari khamis lepas, alang bawa balik kad ucapan yg dibuatnya kat youchien khas utk ibu. Terpegun ibu seketika...tak terucap dek kata2... yg termampu kuar dr mulut ibu hanya ucapan "arigatou ne...akumaru kun" .
Semalam pulak anak2 ibu siap bg purezento lagik kat ibu...hehe! Tak penah2 ibu dpt adiah utk hari ibu, mimpi apa tah anak2 ibu 2 org tu (along & alang) .
Makan..Makan..Makan...
Sabtu malam ada makan2 lagik...murah rezeki betul la seminggu 2 nie...alhamdulillah...Terima kasih kat keluarga Zaiti/Rizal sbb sudi jemput kitaorg sekeluarga! Deyrang buat makan2 ni sbb ada request dr Fizan yg nak balik ke Msia dah...teringin nak makan pasembur utara buatan Zaiti.
So, ibu sekeluargapon dpt tumpang sekaki, hahaha! Ibu cuma buatkn Karipap & Puding Roti je...Tapi alahai puding roti tu terlupa nak snap gambonye la sbbnya nak cepat ke rumah zaiti, lepas kuarkn dari oven tu, trus je gerak ke rumah deyrang...
Soubetsu Kai
Hari jumaat malam yg lps kitaorg kat TUT nie sempat la buatkan majlis ringkas utk keluarga Fizan/Matlan. Sonok bila sesekali berkumpul sesama, bukan senang nak dpt kumpul camgini...cuma bila ada majlis2 tertentu je la baru dpt jumpa sume...Ibu tak sempat nak masak bebyk sbbnya dpt tahu last minute, so cuma sempat buat Tomoroukoshi Purin (Puding Jagung) & Custard Pie je, tp custard pie tu lupa lak nak snap!
Friday, May 8, 2009
Yasumi
Thursday, May 7, 2009
Hujan Sepanjang Minggu
Baju yang nak dibasuh melonggok2...huhuhu. Anak ramai, camni laa....nak dibasuh, cuaca tak mengizinkan la plak! Hujan sepanjang minggu... Jadiknya masa ibu terlebih2 la pulak dari schedule harian...mau taknye, dah tak basuh baju makanya lipat baju pon idak laa....masapon terluang la.
Nak mengisi masa yg terluang tu & jugak nak mengisi perut yg berkeriut nyanyi lagu doraemon nie, ibu pon terlebih rajin la watkan Potato Bun. Anak2 ibu balik skul nnt semestinya la lapoo, sekurangnya ada gak menda nak dingap dek anak2 ibu tu...
Jom Pekena...
Wednesday, May 6, 2009
Special Follower Award
Award nie dapek dr eryn chan...arigatou ne eryn! Sebenornye ibu xbape pandai sesgt pasai award2 ni...maklum je la, baru berjinak2 ngan dunia blog ni...nie pon xtau la bape lama blh bertahan... nnt dah balik msia, dah bz ngan keje...emmm... Wallahua'lam... Kat cni leh ar dok men2 ngan blog nie, xde kojo la katakan...
Cokoreto Purin
Tuesday, May 5, 2009
Sekadar Ingat Mengingati
1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah...
Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah.. ... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara tersebut dalam masa singkat.
Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau ingin tidur bacalah,
~ Al Ikhlas 3x, seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
~ Membacalah sholawat untukku dan para nabi sebelum aku 3x, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
~ Beristighfarlah untuk para muslimin 3x, maka mereka akan meredhai kamu.
~ Dan, perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh..."
Alang's Request
Alang minta nak makan roti sosej...ada shokupan(slice bread), moutainai (bazir) la pulak kalo nak buat roti lain, baik habiskan aje shokupan yg ada tu dulu...Hah ah! jadilah Tuna Cheese Roll untuk minum petang anak2 kesayangan ibu. Kalo malas nak wat shokupan tu, boleh je gune slice bread yg beli kat kedai tu cam gardenia ke... roti mamak ke...hehehe.
Shokupan (Slice Bread) :
Tepung Roti 400gm
Susu Tepung 2sb
Gula 3sb
Yis 1st
Garam 1st
Mentega 25gm
Air 270ml
~ Masukkan semua bahan2 kedlm bread maker, pilih button utk buat shokupan dan tunggulah sehingga siap...
~ Dah siap, bolehlah dikuarkan, dipotong dan dingap....senangkan!
Tuna Cheese Roll @ Sosej Roll Bersos:
~ Shokupan yg ada tu dimampatkan guna kayu pencanai (supaya masa menggoreng xserap minyak)
~ Letak tuna atas shokupan tu kemudian cheese dan digulung (boleh diganti ngan sosej & sapu sos skit).
~ Celup dlm telur & salutkan dengan bread crumb kemudian bolehlah digoreng.
~ Siap la tuna cheese roll @ sosej roll bersos.
# Resepi atas permintaan eryn
Sunday, May 3, 2009
Alhamdulillah
Sarapan ngan 'Apple Sweet Bun'
Makan Tengahari ngan 'Mee Sup Utara'
Minum Petang ngan 'Tofu Kentang Putar'
Friday, May 1, 2009
Jemputan
Sekali lagi dpt jemputan. Kali nie ke umah Ferry/Sham pulak! Alhamdulillah, rezeki jgn ditolak... Sebenornya agak malas nak gi...al-maklum laa dgn badan xsihat lagi nie, tp sian pulak! Kita kat cni dah la jauh dr sedara mara...kawan2 tu la sedara mara kita! Nak tak nak pegi la jugak...Sempat jugak la ibu wat Choc Muffin utk dibawa kesana walopon dlm keadaan badan yg kurang sihat nie...Thanks to Ferry/Sham atas jemputan makan malam tu....sampai termengah2 la ibu makan! Sedap sangat...alhamdulillah.