Monday, February 28, 2011

6 Perkara Allah Sembunyikan

Sekadar renungan bersama. Dapat dari teman Asyiqah Falah.

UMAR BIN KHATTAB R.A. BERKATA :

1. Allah menyembunyikan keredhaan dalam ketaatan. Allah tidak menzahirkan penerimaan atas amalan-amalan ketaatan yang kita persembahkan kepadaNya supaya kita tidak kecewa diatas amalan tersebut dengan hikmah agar kita terus melakukan amalan tersebut walaupun terdapat sedikit kecacatan yang kita tidak ketahui.

2. Allah menyembunyikan kemurkaan diatas kemaksiatan kita. Allah tidak menarik nikmat dan kemewahan daripada seseorang, walaupun nikmat yang Allah anugerahkan kepada kita digunakan untuk kemaksiatan kerana Allah masih bersifat rahmat. Sedangkan sebenarnya allah murka kepada kita. Sepatutnya kita gunakan peluang ini untuk bertaubat kepada Allah swt.

3. Allah menyembunyikan kedatangan malam Lailatul Qadar pada tarikh tertentu agar hambaNya tidak melakukan ibadat pada malam tersebut sahaja dan berpesta maksiat pada malam-malam yang lain. Oleh itu Allah menghekendaki hambaNya melakukan ketaatan sepanjang bulan ramadhan dan sepanjang hayat.

4. Allah menyembunyikan wali-wali Allah atau hambaNya yang dikasihi supaya manusia tidak menghina atau menyembah wali-wali tersebut. Sesungguhnya wali Allah akan dibenci oleh mereka yang bertuhankan hawa nafsu kerana wali-wali Allah tidak pernah menaruh hati sedikit pun pada tawaran-tawaran mereka.

5. Allah menyembunyikan tarikh kematian hambaNya dengan hikmah agar hambaNya sentiasa berhati-hati dalam menjalani kehidupan dan tidak melakukan kemaksiatan kerana mati akan tiba pada bila-bila masa sahaja. Jika Allah zahirkan tarikh dan tempat kematian pasti hambaNya tidak dapat menjalani kehidupan ini dengan lebih sempurna, lihatlah banduan yang berada dibilik akhir sebelum dihukum gantung, mereka telah hilang akal dan melakukan perkara diluar akal kerana akal mereka sudah tidak berfungsi lagi.

6. Allah menyembunyikan solat kita yang terbaik disisiNya dengan hikmah supaya kita terus beribadat dan solat kepadaNya sepanjang hayat. Jika Allah zahirkan penerimaan solat kita pasti kita akan bermegah sesama manusia dan akan lalai serta mengambil peluang untuk melakukan maksiat.

Begitulah luasnya rahsia disisi Allah Yang Maha Esa.

Thursday, February 24, 2011

Perli ibu nie....

Ni masakan 2 hari lepas daaa..... Mr hubby dok cakap tingin nak makan mee goreng basah.... ish, macam perli ibu je! hohohoho..... horlick! hihihi.... (xde kaitan ngan horlick ye......)

Ok la... sian pulak kat my hubby... ibu pon merajinkan la diri nie pepagi hari bangun awal, sebelum gi keje, dapat la bekfes ngan Mee Goreng Basah Ibu's Style.....

Tersenyum lebar mr hb & anak2 ibu... ibu siap bg bentou lagi kat mr hb... Anak2 tu tersenyum bukan apa... sebab ada banyak ebi......hahaha....yosh! akhirnya ibu dapat jugak menggumbirakan hati orang2 tersayang....

Wednesday, February 23, 2011

Hujung Minggu....

Hujung minggu aritu... anak2 dah bising lama betoi ibu tak buat makan2... Makan2 maksud deyrang tu bukannya buat makan2 macam buat jamuan jemput jiran2 yang biasa dok wat kat nihon dulu tu... deyrang maksudkan makan2 tu... ibu nie lama tak masak2 utk deyrang la....

Sian anak2 ibu! Memang betulpon sejak balik mai msia nie, opis ibu tu dah jarang berasap! Sampaikan nak carik barang2 keperluan opis tu pon dah tak tau dok kat mana.... Nampak sangat kemalasan ibu menjadi2.... hohohoho....

Untuk memenuhi permintaan anak2 ibu.... ibu merajinkan jugak la diri nie! Tu pon masih berlandaskan kemalasan yang melampau!

Acik minta ibu watkan biskut cornflakes. Ibu pulak minta deyrang tolong ibu.... apa lagi suka bukan main lagi la deyrang bila ibu soh masukkan cornflakes kat dlm paper cup tu.... Akhirnya jadi jugak la Cornflakes Madu Berkacang hasil bantuan anak2 ibu tu....

Tak banyak pon! Dapat la dalam satu bekas tupperware tu.... Itu pon macam biskut chipsmore... "now u see... now u dont..." .... Hahahaha....

Wednesday, February 16, 2011

Otanjyoubi Omedetou Along Kun

Otanjyoubi omedetou along kun..... Sorry la ibu x sempat gak nak wat kek permintaan along... yang sempat cuma main tunjuk pakai kepala agong je la.... huhuhu...

Dah besau anak sulung ibu nie... dah 10 sai.... Moga jadi anak sholeh penyejuk hati ibu abah contoh terbaik untuk adik2 & berbahagia hidup dunia akhirat....aminnn

Scenery