
Blog mengenai menu masakan hasil dari gadingan tangan kiri dan kanan ketika berada di dapur. Ada yang moden dan ada yang asli, ada juga mix dari gabungan idea ketika aku berada di Nippon...
Tuesday, March 31, 2009
Kueh Lembik Merah

Monday, March 30, 2009
Discharge...
Alhamdulillah ibu dah discharge setelah seminggu "berholiday" dlm wad shiminbyoin akibat athsma. Sepanjang seminggu ibu xde, abah la yg uruskn anak2 ibu, TQ my hubby....atas segala pengorbanan abah menjaga anak2 & makan pakai derang dan juga tak lupa bento utk ibu selama ibu dok kat wad....honto ni arigatou gozaimashita....SAAAYANGGGG ABG! muahhh....
Balik dari wad, mcm biasa la kena masuk opis semula....hahaha! Hari ni ibu masak simple je, baru nak warm up la katakan.... Sarapan dengan black pepper noodle & minum petang dengan bubur cha-cha...
Monday, March 16, 2009
Email dr teman...
"IBU" atau "PASANGAN" ?
Orang kata aku lahir dari perut Ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. Ibu
Bila lapar, yang suapkan aku.. Ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. Ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!
Bila bangun tidur, aku cari.. Ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ....Ibu
Bila nak bermanja.. Aku dekati Ibu
Bila nak bergesel? Aku duduk sebelah Ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya Ibu
Bila nakal, yang memarahi aku ? Ibu
Bila merajuk? yang memujukku cuma.. Ibu
Bila melakukan kesalahan? Ibu juga lah yang paling cepat marah..
Bila takut? Yang tenangkan aku.. Ibu
Bila nak peluk? Yang aku suka peluk.. Ibu
Aku selalu teringatkan .. Ibu
Bila sedih, aku mesti telefon Ibu
Bila seronok? Orang pertama aku nak beritahu? Ibu
Bila bengang.. Aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. ? Ibuuuuuuuuuuuuu !
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu
Bila merajuk, yang datang pujuk aku juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk? Ibu
Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok ... Aku cari pasanganku
Bila sedih ... Aku cari Ibu
Bila berjaya ... Aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal ... Aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia ... aku peluk erat pasanganku
Bila berduka ... aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti ... Aku bawa pasanganku
Bila sibuk ... Aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine ... Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu ... Aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu...... ..Aku ingat pasanganku
Selalu.....Ibu ingat kat aku
Bila-Bila... ..Aku akan talipon pasanganku
Entah bila....Aku nak talipon Ibu
Selalu....Aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila.....Aku nak belikan hadiah untuk Ibuku
Renungkan :- "Kalau kau sudah habis belajar dan bekerja. Bolehkah kau kirim wang untuk ibu? Ibu bukan nak banyak. Lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"
Berderai air mata aku. Hari ini kalau ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada. Aku tidak berkesempatan lagi. Bukan lima puluh ringgit. Lima puluh sen pun tidak sempat aku kirimkan! Hanya yang termampu Al-fatihah, Al-fatihah, Al-fatihah.
Sunday, March 15, 2009
Selamat Kembali...
Alhamdulillah ibu sekeluarga dah selamat smpi ke nipon setelah sebulan bercuti ke Msia...Dah smpi cni, mcm biasa la kerja sbg surirumah sepenuh masa berjalan semula! Emm...sedihnya, terkenangkan kampung. Kalau kat sana, ibu duduk relax je la...ada ramai sedara mara nak melayan anak2 ibu, mengemas ada bibik ima & memasak pula of coz la....tender dpt kat mak chaq! So...ibu pon bagai dipam2 badan nie....hahaha!
Mcm nie la kehidupan, tetap perlu diteruskan... nak tak nak, malas tak malas, semua kena wat sendiri laa...nhow, ibu suka ngan keja ibu sbg 'housewife'... Alhamdulillah, ibu diberi rasa suka & cintakan keja tak bergaji nie...semoga ibu dpt jlnkan tanggungjawab ibu sebaik & seikhlas yg mungkin dan yg utamanya dgn penuh rasa kasih sayang... Insyaallah, ibu akan dpt gaji secara "lamsum" kat sana nnt...aminn...