Watashi No Ude No Ryouri
Blog mengenai menu masakan hasil dari gadingan tangan kiri dan kanan ketika berada di dapur. Ada yang moden dan ada yang asli, ada juga mix dari gabungan idea ketika aku berada di Nippon...
Monday, January 30, 2012
Rindu!!
Sunday, January 29, 2012
Nasi Kotak
Wednesday, January 25, 2012
Blog Anak Didikku
Friday, May 27, 2011
Kekkon Kinenbi Omedetou
Monday, May 9, 2011
Selamat Hari Ibu
Acik pula siap cakap..." Acik tak tahu nak lukis ibu pakai tudung la ibu...acik lukis muka ibu pakai rambut..." hehehe, acik...acik... then ibu pun cakap la..." rambut ibu bukan mcm ni..." Laju je acik jawab " emm...acik pon tak tau nak lukis ibu rambut pendek! ". Hahahaha....anak ibu sorang ni...
Along & alang pula bagi bunga... Ibu tanya la deyrang beli kat mana? Dapat duit kat mana? Ibu & abah tak bagi duit pon! Alang cakap la..." Alang beli kat koperasi sekolah, cikgu jual. Masa nak beli tu cikgu tanya nak bagi kat sape? Alang cakap la nak bagi kat ibu... Cikgu cakap kat alang...bagus...bagus... ". Bukan main suka alang bila cikgu cakap bagus kat dia!
Along pula jawab " Along simpan duit sekolah yang ibu bagi tiap2 hari tu... tak mahal la ibu, murah je... tapi kan ibu, kawan along cakap, buat apa beli... bagi hadiah yang buat sendiri lagi baik! baru orang lebih suka!" ... "betul ke ibu? tapi along tak tau nak buat bunga sendiri....takpe la...tahun depan along belajar buat sendiri la...ibu suka tak?". Ibu sukaaaa....sangat!
Alahai anak ibu....Sayangggg anak2 ibu sume... Apa2 pon ibu appreciate sangat ! Alhamdulillah dengan adanya ingatan dari anak2 ibu...
Thursday, April 14, 2011
Otanjyoubi Omedetou Acik Chan
Monday, April 11, 2011
Cuaca panas....
Friday, April 8, 2011
Hentam je!
Spaghetti Tomyam
- Spaghetti (rebus macam biasa)
- Mince
- Bawang Besar (potong dadu)
- Tomato (potong dadu)
- Perencah Tomyam
- Sos Tiram
- Sos Cili
- Sos Tomato
- Garam
- Gula
1. Panaskan minyak, tumis bawang besar yang dipotong dadu sehingga naik aromanya.
2. Masukkan mince goreng sedikit. Kemudian masukkan perencah tomyam. Boleh juga dilcampurkan sedikit cili kisar kalau nak lebih pedas. Gaul rata.
3. Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato dan gula. Masak sehingga daging empuk. Bolehlah ditambah air kalau agak kering.
4. Rasakan dengan sedikit garam (ibu tak letak garam dah sebab perencah tomyam tu dah masin).
5. Akhir sekali masukkan tomato yang dipotong dadu. Siap untuk dihidangkan bersama spaghetti.
Wednesday, March 30, 2011
Sesekali....
-
200g tepung gandum
-
20g gula
-
1sk yis
-
1/2sk garam
-
140ml susu segar
-
20g butter
1. Masukkan tepung, gula & garam, gaul rata.
2. Masukkan susu segar & yis, gaul sebati.
3. Masukkan butter, uli sampai tak melekat ditangan.
4. Letak dalam bekas bertutup, biar naik 2x ganda.
5. Bentukkan donut, biarkan lagi supaya naik lagi 2x ganda.
6. Bolehlah digoreng seperti biasa & hiaslah mengikut citarasa.
Tuesday, March 22, 2011
Hujung Minggu Yang Tiada Rehat...
Jemput Pisang yang terlebih ghona cekelatnya tu...dgn erti kata lain, hangitttt laaaa....
So, terlebih la skit penyediaan menu utk sarapan tu, siap ada Nasi Goreng Kampung & Jemput Pisang.... Alhamdulillah, boleh gak sediakan masakan utk lunch sekali... Tapi yang lunchnya tak sempat la pulak model2 ibu tu nak berposing kat cni... hahaha....