Tuesday, June 30, 2009

Roti oh Roti

Ahaks...lama ibu tak buat roti. Anak2 ibu pon dok tanya2 gak! Kebetulan menu kat skul along ada makan roti, ibu dengan penuh semangat lepas subuh x tido... (emm...kat cni subuh kol 2.55am bersamaan 1.55am maresya time). Kalo kat msia time2 cenggini bangun leh gak wat sunat tahajud! Tapi kat cni, kol 11pm baru leh masuk tido, kol 3am dah nak kene bangun...aduss...ish, apa yg ibu membebel ntah!

Emm...ok la, sebenornye sedih nih! Roti ibu terbantut la plak! Dek kerna mata ibu yg sekejap cerah sekejap gelap ni, so roti yg ibu buat pon ala2 cerah gelap gak la....Men hentam je ni, dah x tgk sukatan! hahaha...apa2 pon, hilang sedih ibu bila tgk anak2 ibu makan, deyrang no komen! oishikatta je kata deyrang!

Ni la Roti Pandan yg cerah gelap tu...

Monday, June 29, 2009

Takde Idea...

Ntah la, x tau nak boh tajuk apa! Takde idea ar.... Cuma nak letak gambor lauk-pauk seharian je (kes malas dah nih!). Layan je la anak2 ibu ngan lauk simple ibu nih... Sambal Sotong, Sayur Buncis Goreng Kicap & Telur Dadar.

Saturday, June 27, 2009

Lepak Day...

Sedap gak petang2 duduk lepak2 sambil ngunyah Kerepek Kentang....Cuaca panas ni malas nak gerak mana, duduk lepak jea la kat umah!

Award Dari Love

Beberapa ari ni bz apa ntah ibu sampaikan x sempat nak hapdet uderyouri ni! Rupanya ibu dpt award la plak dari Love sahabat maya ibu yg sorang nie....

Arigatou Love sebab sudi bagi award kat akak...ok ni akak tempekkan award yg love kasik tu yea...

Selamat Ulang Tahun

Nak ucapkan selamat ulang tahun khas untuk shim (sahabat maya ibu)....Semoga panjang umur, murah rezeki & hidup sentiasa diberkati selalu, amin. Jom shim, jemput makan Cokoreto Kekki khas buat shim...

Wednesday, June 24, 2009

Segar Rasanya...

Dah masuk natsu (summer), mula ar sume xnak minum air panas. Kalo ibu wat air panas pon, ibu sesorang je la yg kene abiskan! Sampaikan minum pagi pon anak2 + mr hb nak air sejuk je! umm..x bagus utk kesihatan...ish..ish..ish..

Dalam fridge tu musti ada air sejuk sokmo! Arini ibu wat Jus Mentimun. Segar rasanya... n buatkan la skali Koko Jelly. Kang balik skull musti anak2 ibu mencarik! Sekurangnye ada gak la jelly untuk deyrang...

Kedatangan Rejab...

MARILAH KITA SAMA-SAMA MENGHAYATI DAN MEMPERINGATI KELEBIHAN BULAN REJAB DAN AMALAN2 MULIA YANG PENUH BERKAT NI...

p/s: Rebutlah 5 perkara sblm dtg 5 perkara

MASA HIDUP SBLM MATI

MASA LAPANG SBLM MASA SIBUK

MASA MUDA SBLM MASA TUA

MASA KAYA SBLM SUSAH

MASA SIHAT SBLM SAKIT

Sama samalah kita ingat mengingati amalan amalan mulia yang penuh berkat ini..... BULAN REJAB

Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:”

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"

Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini."

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."

Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"

Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan so lat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan so lat malam satu tahun."

p/s: email dari teman

Monday, June 22, 2009

Belom Terlambat

Maaf la...rasanya lom terlambat kot ibu nak wish "Happy Father's Day". Ibu nak ucapkn selamat hari bapa utk semua yg dah dpt title bapa & yg sewaktu dgnnya...Al-Fatihah untuk arwah bapa & arwah bapa mertua ibu!

Untuk sesiapa yg masih punya bapa, sayangilah bapa anda & berjasalah untuk mereka sebagaimana mereka sayangi & menjaga anda sedari kecil hingga dewasa...amin...

Ibu sedih sangat tak sempat nak jaga arwah bapa masa arwah sakit sehinggalah kesaat hembusan nafas terakhir... (Ibu berada jauh nun dibumi sakura). Arwah bapa mertua pon sama...ibu tak pernah sempat menyebut panggilan bapa utk arwah bapa mertua ibu sbbnya arwah pergi terlebih dahulu sebelum ibu berkongsi hidup ngan suami tercinta... huhuhu...sedihnyer.

Ok la, ni nak citer kisah anak2 ibu jap! Semalam ibu gi la soping barang2 dapur ngan anak2 ibu. Ntah sbb pe kat supa tu ade kasik bara (munge ros) kat pelanggan yg membeli lbh dr 700yen dlm satu resit (mayb sbb father's day la gamaknye). So, ibu pon terlebih xcited ar... bila dpt munge tu! Tup2 along & alang serentak cakap "leh bg kat abah sbb ari ni chi chi no hi". Alahai anak2 ibu...sweetnye....

Ni la munge ros yg dapat tu & anak2 kasik kat abah deyrang...

Ari jumaat lepas, alang bawa balik kad ucapan chi chi no hi utk abahnye yang dibuat kat youchien...Tapi x sempat ibu nak snap gambo...dah ranap sumenye. Gaduh ngan adik2, berebut trus koyak abis...huhuhu...sian kat alang, penat2 wat... abah eperishet apa yg alang wat tu....gomen ne anak ibu! xpe, nnt leh wat lagi mase besday abah!

2 permintaan

Dari malam lagi alang dah minta suh ibu wat kan donut. Alang ni len skit! Kalo dia nak minta ibu buat apa2, mula la pandai bodek ibu...tolong picit ke, puji ibu sikit ke... Hai! telatah anak2... So malam tu, alang tolong picit badan ibu.. emm, ibu dah tau mesti ada apa2 ni. Hah kan betol, dia nak minta ibu buatkan donut...

Bangun pagi2 subuh shapei tu, ibu pon mula la wat donut yang alang minta tu... Dok tgh bz2 wat donut, tup2 mr hb lak minta buatkan bihun! Alahai... ingatkan leh le sarapan ngan donut je! nih, suh buatkan bihun la pulak! Ok la, x nak menghampakan permintaan mr hb, ibu wat kan la jugak!!

Mula tu, ingat nak wat la choc donut ke...nak deco2 skit donut tu! Tapi dek kerna nak kene goreng bihun sama, malas dah la ibu nak deco2 bagai kat donut tuu...Jadik la Sweet Donut je ngan Bihun Goreng untuk sarapan we ol sekeluarga...

Friday, June 19, 2009

2 in 1

Along dah lama dok suruh ibu wat kan roti nie...Kata along "ibu, nnt wat la roti yg bertali2 tu". Mak ai, anak ibu oi, roti apa yg bertali2 tu, fening gak ibu mencongak2 nih! At last baru la ibu prasan, rupanya roti jala....hi3, anak2 ibu. Ni la susahnya kalo dah dok kat negara owang, sampaikan xtau nama2 kueh-mueh negara sendirik... Terpaksa la ibu merajinkan diri ni wat kan kueh2 tu sume, just nak kenaikan kat anak2 ibu...kueh ni panggil apa, kueh tu panggil apa....

Ok la tinggai jap citer tu... Ni sepatutnya n3 semlm, tapi arini baru ada lbh masa skit nak hapdet blog ibu nih! Semalam wat Kari Ayam, potong kecik2 ayam tu sbbnya kat skull anak2 ada menu ayam so nak kasik bentou kat deyrang biar senang nak makan, xde la terkial2 nak cubit ayam tu...

Dah terlanjur wat kari ayam, ibu pon tringat la request along yg dah lama tertangguh. Ibu pon wat kan la Roti Jala @ Roti Kirai kata owang utara, leh makan ngan kari ayam....Balik skull semlm along pulun bukan main lagi bila nengok ada roti bertali2 tu, sampaikan dah xnak makan malam...emm...kenyang betul la tu! Suke ati tgk anak2 hepi!

Wednesday, June 17, 2009

1st Trial

Alhamdulillah, 1st trial ibu menjadi! (arigatou to kak ain). Thumb up! hahaha...sendirik wat, sendirik kasik award (kes masuk bakul angkat sendirik!) Dok jalan keliling dunia, nengok sume umah dok wat mende nih, ibu pon teruja gaks...arini, ku cuba gak buang demam "M & KD"...wakakaka! So, anak2 pon suke, mr hby lom cuba lagi (jap lagi balik, kasik ar mr hby try, hehehe) & ibu pon senang ati. Penat wat pon ilang dek nengok senyum anak2... Tara...akhirnya menjadik gak Kueh Bakar ibu nih!

Tuesday, June 16, 2009

Demam Korean Drama

Ibu terkena "demam Korean Drama" lagik! Makanya ibu malas nak masak. Asik nak layan korean drama je,ibu pon masak simple. Tara...jadik la Bubur Lambuk @ Bubur Ayam @ Bubur Kanji ibu's style.

Tapi ada lak request dari anak2 ibu...deyrang nak puding la pulak! Nak tak nak, kena jugak la wat kan puding tuk anak2 ibu nie...kang deyrang balik skoll mesti cari nyer...hehehe, sib baik takde request dr big bos... Ni hah! jadik la Puding Koktail

Monday, June 15, 2009

Tom Yam Kun

Abg balik dari gakkai aritu, trus request nak makan tom yam. Kata abg "boleh tak watkan tom yam skit. nak freshkan badan ni ar...penat, byk berjalan kat yokohama aritu.." Ok la abg, ibu watkan Tom Yam Seafood utk abg sayang...Tapi betul ke, makan tom yam boleh freshkan badan tu abg oi? emm...apa2 je la...

Thursday, June 11, 2009

Sendirian

Emm...cik abg xde la pulak 2 ari nie...gi gakkai (conference) kat Yokohama nun. So, ibu sendirian ngan anak2 je la! Makanya ibu pon jadik malas nak masuk opis! Takde semangat laa...tapi bila ingatkan anak2, semangat ibu dtg kembali....hahaha! Jom la, maleh nak celoteh pjg...nie ade skit Kueh Cucur Badak. Jemput makan yea kekawan sume...

Wednesday, June 10, 2009

Nasi Tomato Kandaq

Eh! betoi ka tajuk kat ataih tu? Chek salah tulih kot! hahaha...jgn xtau, owang Penang...musti terkenal ngan nasi kandaq, kan..kan..kan.. Tapi tu la, ibu ubahsuai skit. Kalo kat Penang tu nasi kandaq depa makan ngan nasi putih, lauk-pauk & sayuk campoq tapi ni nasi kandaq jopun mari....jom kita pekena Nasi Tomato Kandaq... (Salmon Masak Nasi Kandaq, Nasi Tomato & Salad Mayonis)

Tuesday, June 9, 2009

Hari Hijau

Hari ni hari hijau sedunia kot! kahkahkah...Ibu nie memandai jea! Ok la xyah borak panjang lebar lah, jom masuk opis ibu yang dah bape ari xberasap nih!

Sarapan ngan Kueh Ketayap

Minum petang ngan Kueh Serimuka (ni kes xsabo nak makan, blom sejuk dah potong...emm, kan dah xmacho)

Resipi Ketayap :

Kulit ;

500gm Tepung

2biji Telur

125ml Santan

125ml Air

Pewarna Hijau @ Air perahan pandan

Secubit Garam

Inti ;

1biji Kelapa Parut

125gm Gula Merah

250gm Gula Putih

Secubit Garam

1) Untuk inti, satukan bahan2 inti, kacau sebati & masak sehingga likat.

2) Untuk kulit, satukan bahan2 kulit & kacau sebati. Kalo pekat tambahkan skit air.

3) Masak adunan kulit seperti dadar, letak inti & gulung.

4) Dekiagari.

* Resipi atas permintaan Naishim

Thursday, June 4, 2009

Senang Keje

Buat tuna roll biar pedas2 baru ummph skit! Tapi teringatkan pulak kat anak2 yg tak makan pedas... Kena la ibu buatkan inti manis gak! Jadik la Tuna Roll & Sekaya Roll. Haah! Pastry yg sama cuma inti dlm je yg len...mudah keje ibu!

Haaa...ni plak, kes terlebih pastry. Nak wat inti lagik dah malas. Pikior punya pikior jadik la Kerepek Gunting ni...Cuma addkan beberapa ingredient lain kat pastry tu! sekalik lagi sonang kojo ibu....hahaha.

Wednesday, June 3, 2009

Soy Bean

Masakan yg paling sonang, Soy Bean Sweet Sour. "Nie kalo wat makan ngan nasi putih pun sedap & kalo cicah roti pon sodap gak!" Tu kata ibu la....tapi kalo anak2 ibu xbape suke!

Tuesday, June 2, 2009

Bento Anak2

Susah gak kalo anak2 sekolah tak sama nie... along kat shougakko & alang/acik lak masih kat youchien. Bukannya apa, mslh probelemnya...bento la! Menu deyrang bukannya sama! Susah ar kalo nak ikut betol2 menu memasing! Jenuh la ibu nak siapkan!

Katalah menu along ada kekki bla3, menu alang/acik lak ada omuraisu bla3.... Camne nak ikut sume menu yg ada tu? hahaha.... jadik, ibu pon wat mengikut kepakaran ibu la...hihihi....amik jln mudah, biar ada gak salah satu menu dr yg tersenarai tu & bagi je kat anak2 bawa bento termasuk ngan abahnye sekali! kwang3... Takde la anak2 rasa xsonok nengok tomodachi makan len dr deyrang! huhuhu... Sekurangnye ada gak mende yg sama!...

Ni la kekki yg paling mudah & simple nak wat pagi2 subuh shapei bagi anak2 bawa bento kalo ada menu kekki... Kek Batik Milo

Ni lak Omuraisu owang pemaleh mcm ibu, sampaikan salad pon dah tak potong...men hentam letak sekeping cmtu jea...

Kek Batik

Biskut Marie 1/2kg

Susu Pekat Manis 1/2cwn

Gula 1/2cwn

Milo/Koko 1/2cwn

Telur 5-6biji

Butter 1/2cwn

Air sejuk(ais) 1/2cwn

1) Kacau gula & butter (cairkn terlbh dulu), masukkan telur satu2

2) Milo + susu + air sejuk kacau hgg rata & masukkn bhgn (1)

3) Kacau atas api sederhana hgg pekat

4) Patah 2 biskut marie & masukkan dlm adunan, kacau rata.

5) Masukkn dlm loyang & mampatkn, masukkn dlm peti sejuk....

6) Dekiagari

Resipi atas permintaan anak sedara ibu (~akhis~)

Monday, June 1, 2009

Minggu Yg Sibuk

Emm...betul ke minggu yang sibuk nie? Ntah2 ibu yg wat2 sibuk kan diri nie? hahaha...apa2 lah, yang pasti mmg ibu sibuk, ni baru ada skit masa nak hapdet diari kesayanganku ini...muahhahahaha....

Memula bz ngan jiran Palestin nak balik 4 gud. Sampaikan tak sempat nak jemput sis Iman/bro Muhammad Abud sefamili datang umah buat kali terakhir...sebabnya sesama sibuk. Sis Iman wat keputusan nak balik last minute, jadik deyrang sibuk mengemas sampai ke saat2 terakhir. Ibu pun cuma sempat wat dinner simple jer utk deyrang sekeluarga malam terakhir tu...itupun tak datang umah, cuma ibu gi hantar je dinner tu ke umah deyrang. Punya sibuknya ibu sampaikan terlupa nak snap masakan malam tu (Menu : Nasi Tomato, Kurma Ayam, Jelatah & Puding Cokelat)

Dalam sibuk2 sis Iman tu...sempat jugak dia wat kueh...katanya balasan sbb wat dinner kat deyrang...(maluku nak letak kat mane nie, hihihi)

Kueh nie, kalo ikut kata sis Iman, deyrang panggil Sweet je. Tapi kalo versi jepun panggil Omochi dan kalo versi maresha panggil Kueh Abuk-abuk.

Yang ibu dok bising2 kata sibuk tu...emm sebenornye, bukan la sibuk apapon! Cuma ibu dok sediakan keperluan anak pompuan ibu (Acik Awadah) nak masuk youchien. Kat cni, len skit...memcm nak kena sedia seblom masuk youchien tu! Segala mcm beg la...baju la...Alahai, yang ponat ibu dia la..nak kena jahit nama la, gambo karton2 la...sabor je la!

Acik dah lama dok gaduh nak gi sekolah. Sian la plak! Bukannya ibu abah xnak kasik gi sekolah tapi umur acik yg xmengizinkan... Nak masuk youchien (tadika) mesti 3thn ++. Entrance lak bulan April. So masa bulan 4 tu umur acik blom 3thn lagik...huhuhu, cuma lewat 14 ari jer...(tarikh lahir acik 14hb April). Deyrang mmg detail btol, beza 14 ari tu pon diambil kira wooo.... So, ari nie acik dah blh masuk youchien utk 2nd intake. Ye...ha...berseri2 muka anak pompuan ibu bila cakap arini acik dah blh gi sekolah sama ngan alang.

Tu dia...panjang lak n3 kali nie yea...Dah tu byk lak 'sibuk' nye....hahaha, hentam saje la!

Scenery