Tuesday, March 31, 2009

Kueh Lembik Merah

Arini anak2 minta nak makan kueh sagu la pulak!  Mula tu ibu pening jugak derang cakap kueh lembik merah....aduss...kueh apa la pulak nie anak2 ibu nak, jenuh jugak dok memikirkan kueh apa laa yg lembik2 qhona merah!  Haaa....at last baru la ibu teringatkan kueh sagu nie.  Bila dah siap tu...alhamdulillah mmg betul la tekaan ibu, kueh sagu yg derang minta. Apa lagi pulun la anak2 ibu dpt makan kueh permintaan derang! Anak2 ...oh anak2... Kalau ibu suka panggil kueh sagu gek2, ntah sbb apa letak gek2 kat belakang nama kueh tu! hehehe...macam2...

Monday, March 30, 2009

Discharge...

Alhamdulillah ibu dah discharge setelah seminggu "berholiday"  dlm wad shiminbyoin akibat athsma.  Sepanjang seminggu ibu xde, abah la yg uruskn anak2 ibu, TQ my hubby....atas segala pengorbanan abah menjaga anak2 & makan pakai derang  dan juga tak lupa bento utk ibu selama ibu dok kat wad....honto ni arigatou gozaimashita....SAAAYANGGGG ABG! muahhh....

Balik dari wad,  mcm biasa la kena masuk opis semula....hahaha! Hari ni ibu masak simple je, baru nak warm up la katakan.... Sarapan dengan black pepper noodle & minum petang dengan bubur cha-cha...   

                                                                                          

Monday, March 16, 2009

Email dr teman...

"IBU" atau "PASANGAN" ?

Orang kata aku lahir dari perut Ibu..

Bila dahaga, yang susukan aku.. Ibu

Bila lapar, yang suapkan aku.. Ibu

Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. Ibu

Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!

Bila bangun tidur, aku cari.. Ibu

Bila nangis, orang pertama yang datang ....Ibu

Bila nak bermanja.. Aku dekati Ibu

Bila nak bergesel? Aku duduk sebelah Ibu

Bila sedih, yang boleh memujukku hanya Ibu

Bila nakal, yang memarahi aku ? Ibu

Bila merajuk? yang memujukku cuma.. Ibu

Bila melakukan kesalahan? Ibu juga lah yang paling cepat marah..

Bila takut? Yang tenangkan aku.. Ibu

Bila nak peluk? Yang aku suka peluk.. Ibu

Aku selalu teringatkan .. Ibu

Bila sedih, aku mesti telefon Ibu

Bila seronok? Orang pertama aku nak beritahu? Ibu

Bila bengang.. Aku suka luah pada ..Ibu

Bila takut, aku selalu panggil.. ? Ibuuuuuuuuuuuuu !

Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu

Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu

Bila merajuk, yang datang pujuk aku juga.. Ibu

Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu

Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu

Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu

Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu

Yang selalu berleter kat aku.. Ibu

Yang selalu puji aku.. Ibu

Yang selalu nasihat aku.. Ibu

Bila nak kahwin..

Orang pertama aku tunjuk dan rujuk? Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri

Bila seronok ... Aku cari pasanganku

Bila sedih ... Aku cari Ibu

Bila berjaya ... Aku ceritakan pada pasanganku

Bila gagal ... Aku ceritakan pada Ibu

Bila bahagia ... aku peluk erat pasanganku

Bila berduka ... aku peluk erat Ibuku

Bila nak bercuti ... Aku bawa pasanganku

Bila sibuk ... Aku hantar anak ke rumah Ibu

Bila sambut valentine ... Aku hadiahi bunga pada pasanganku

Bila sambut hari ibu ... Aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu

Selalu...... ..Aku ingat pasanganku

Selalu.....Ibu ingat kat aku

Bila-Bila... ..Aku akan talipon pasanganku

Entah bila....Aku nak talipon Ibu

Selalu....Aku belikan hadiah untuk pasanganku

Entah bila.....Aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Renungkan :- "Kalau kau sudah habis belajar dan bekerja. Bolehkah kau kirim wang untuk ibu? Ibu bukan nak banyak. Lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"

Berderai air mata aku. Hari ini kalau ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada. Aku tidak berkesempatan lagi. Bukan lima puluh ringgit. Lima puluh sen pun tidak sempat aku kirimkan! Hanya yang termampu Al-fatihah, Al-fatihah, Al-fatihah.

Sunday, March 15, 2009

Masakan Pertama

Masakan pertama ibu setelah sebulan bercuti...ikan goreng tepung bersos & udang masak kunyit...

Selamat Kembali...

Alhamdulillah ibu sekeluarga dah selamat smpi ke nipon setelah sebulan bercuti ke Msia...Dah smpi cni, mcm biasa la kerja sbg surirumah sepenuh masa berjalan semula! Emm...sedihnya, terkenangkan kampung. Kalau kat sana, ibu duduk relax je la...ada ramai sedara mara nak melayan anak2 ibu, mengemas ada bibik ima & memasak pula of coz la....tender dpt kat mak chaq! So...ibu pon bagai dipam2 badan nie....hahaha!

Mcm nie la kehidupan, tetap perlu diteruskan... nak tak nak, malas tak malas, semua kena wat sendiri laa...nhow, ibu suka ngan keja ibu sbg 'housewife'... Alhamdulillah, ibu diberi rasa suka & cintakan keja tak bergaji nie...semoga ibu dpt jlnkan tanggungjawab ibu sebaik & seikhlas yg mungkin dan yg utamanya dgn penuh rasa kasih sayang... Insyaallah, ibu akan dpt gaji secara "lamsum" kat sana nnt...aminn...

Scenery