Showing posts with label Memori. Show all posts
Showing posts with label Memori. Show all posts

Friday, May 27, 2011

Kekkon Kinenbi Omedetou

Tiramisu

Oder kat kawan ibu je (isratun), masih x berkesempatan juga nak buat sendiri....hehehe! (oishikatta)

Emmm....pejam celik pejam celik....dah 11 tahun rupanya..... "Kekkon Kinenbi Omedetou" utk ibu & abah....(aci tak ucap kt diri sendiri...hehehe).

Alhamdulillah bersyukur ibu dengan mahligai yang telah dibina selama 11tahun ini masih utuh & padu....Terima kasih yang tak terhingga buat darling kun.... (muaaahhhhh.....cayang abang) & anak2 ibu (sayanggggg....anak2 ibu semua...)

Tuesday, March 23, 2010

Sotsuenshiki

Alang dengan sijil tamat tadikanya

Omedetou alang, Muhammad Akmal Hazim!

Tadi pagi alang dah tamat dari youchien (tadika). Ibu, abah, acik & acu sempat la luangkan masa gi tgk sotsuenshiki (kindergarten graduation day) alang kat fujimi youchien. Cuma along je la yang tak ikut serta sbb along masih sekolah. Acik pulak mmg cuti la sbb youchien yg sama...

Sessi penerimaan sijil

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar... Ibu terharu sgt tgk sotsuenshiki tu... kebanyakkannya ibu2 semuanya mengalirkan air mata termasuk la ibu.... Air mata gembira, bangga dengan anak masing2! Anak2 dah membesar, dah tamat tadika & dah nak masuk sekolah 1 nensei (darjah 1).

Tersentuh ibu2 yg duduk kat dalam dewan tu, dengan irama yg syahdu, cerita2 mengimbas kenangan anak2 sepanjang mereka membesar bersama, belajar bersama, bermain bersama & mcm2 aktiviti lain yg mereka lakukan bersama... Ada juga ucapan dr sensei, ucapan dr anak2, nyanyian dari mereka... pemberian sijil tamat tadika, pemberian otegami (surat) untuk okasan (ibu) & pemberian bunga utk sensei (cikgu). Menarik sangat kalah konvo ibu abah dulu2...!

Ibu mula terkenangkan saat2 lahirkan alang disini 7thn yg lalu... thn pertama ibu jejakkan kaki kat bumi sakura ni! Alang membesar disini, mula kehidupan disini, sekolah disini sehingga la sekarang ni tamat tadika & dah nak masuk 1 nensei... sayu & tersentuh sgt hati ni! Semuanya akan jadi kenangan indah ibu sekeluarga....

Scenery