Showing posts with label Japanese Cuisine. Show all posts
Showing posts with label Japanese Cuisine. Show all posts

Tuesday, March 23, 2010

Sankaku Harumaki

Hari nie, cuma bentou untuk along sorang je! Alang ada sotsuenshiki (kindergarten graduation day), acik pulak yasumi sbb ada sotsuenshiki tu & abah pon xde bentou jugak sbb gi tgk sotsuenshiki alang....

Kyoushoku along pon bebas, dh xde menu sekolah! Tinggal 2 hari terakhir sekolah sblm cuti nak masuk tahun baru. Jadi senang keje ibu. Buatkan bentou Sankaku Harumaki (Triangle Spring Roll) ala2 California Roll gitu.... Along mmg suke bebenor dengan harumaki nie. Nak buat pon senang & cepat!

Sankaku Harumaki (Triangle Spring Roll @ California Roll)
  • Sushi Rice
  • 1tin Tuna
  • Beberapa keping Nori (Dried Seaweed)
  • 1biji Telur (goreng dadar nipis)
  • 1btg Timun (dibelah 4 @ 6 - ikut kebesaran timun)
  • Mayonis Dressing
  • Bijan (digoreng tanpa minyak)
1. Sedia sushi rice. Gaul sebati tuna bersama mayonis dressing. Ketepikan.

2. Letak sekeping nori diatas penggulung sushi yg berlapik plastik. Kemudian letak sushi rice dan ratakan diatas keseluruhan nori. Taburkan bijan menutupi keseluruhan sushi rice.

3. Terbalikkan kepingan nori tersebut (sushi dibhgn bawah & nori dibhgn atas).

4. Letak telur dadar, diikuti dengan tuna bermayonis tadi & timun.

5. Gulung dengan penggulung sushi membentuk segitiga @ gulung bulat pon boleh.

6. Potong setebal lebih kurang 2cm.

7. Siap untuk dihidangkan.

** Isi dalam harumaki tu boleh dipelbagaikan...

Tuesday, March 16, 2010

Chawan Mushi

Intai isi kat dalam...

Kali nie... ibu letak n3 makanan nihonjin (org jepun) pulak ye... asik makanan msia je... dah dekat nak balik nie, makanan msia leh pulon nnt2 je! hihihi...

N3 sebelum nie ibu dah tayang japanese set & dah ada salah satu masakan ni... ya... Chawan Mushi. Meh kita tengok isi kat dalamnya pulak! Ada udang, crabstick, asparagus dll... Sedap jugak sesekali makan! Tapi kalo ikut tekak ibu (tekak org melayu) takleh nak masuk selalu... muak dengan rasa tamago (telur) tu...

Ibu dapat resipi ni dari sensei nihonjin, masa ibu awal2 dtg nihon ikut kelas Cosmo belajar bhs jepun. Dah lama tak buat! Sebenornya isi kat dalam chawan mushi tu boleh dipelbagaikan... ikut selera memasing!

Chawan Mushi @ Egg Custard Steam

  • 3biji Telur
  • 2cwn Dashi (stok ikan)
  • 1sk Garam
  • 1sk Kicap Manis
  • Cendawan
  • Udang
  • Scallop (x letak - xde stok)
  • Ginkgo Nut (x letak)
  • Crabstick
  • Brokoli/Asparagus
1. Masak dashi bersama garam & kicap hingga mendidih. Sejukkan seketika.

2. Kacau telur & masukkan (1).

3. Dalam mangkuk kecil2, letak segala bahan2 (cendawan, udang, scallop, gingko nut, crabstick, brokoli, asparagus) @ ikut selera masing2.

4. Kemudian masukkan (2) kedalam setiap mangkuk yang telah diisi bahan2 tadi.

5. Kukus selama lebih kurang 15min.

6. Siap untuk dihidangkan.

Ala2 Japanese Style

Japanese Set

Ohhooo... lamanya rasa ibu x jengah rumah persinggahan nie... asik dok bz ngan anak2 demam, lepas sorang... sorang...

Hari ni baru la berkesempatan... hehehe... anak2 gi skolah, mr hb pulak dah gi conference... baru boleh bercanda didepan pc!

Takde la nak story mory apa sgt! Cuma nak kongsi menu yang dah lepas pon! Along yang minta ibu masak ala2 japanese style. Tak bape menjadi sgt, xcukup set! Cadang nak buat miso tapi anak2 dah xsabar nak makan... hohoho... cuma sempat buat set ini je la... Sushi Rice, Chawan Mushi & Ebi Fry. Ok la..., asalkan anak2 puas hati ibu pon senang hati.

Sushi Rice

  • Nasi (dimasak seperti biasa)
  • 1/3cwn Cuka
  • 3sb Gula
  • 1sk Garam
  • Bijan (digoreng terlebih dahulu)
1. Campurkan cuka, gula & garam bersama nasi yang masih panas (seeloknya guna beras jepun, lebih sedap!). Gaul rata.

2. Taburkan bijan semasa dihidangkan.

Wednesday, October 28, 2009

Oh , tidak....

Ish... lapar la pulak! Sejuk2 nie... ibu asik melantak je kejenyer.... smpikan ada yg tegur ibu dah nampak montel! Oh, tidakkkkkk..... perkataan tu la yg paling ibu x gemor dengak nih! huhuhu....

Tapi nak wat camne, mmg ibu sendiri pon dah rasa perubahannya! Tak leh nak wat apa.... bila masuk musim sejuk, mmg badan ibu bagai dipam2 aje....hahaha...

Tingaikan dulu citer si tembam tu yea... kite jamu tekak dulu dengan makanan feberet anak2 ibu... Okonomiyaki @ Japanese Pancake @ Japanese Pizza.

Okonomiyaki

  • ¼ cwn Tepung Jagung
  • 2 biji Telur
  • ¼ Kobis saiz sederhana dipotong halus
  • 1 tin Tuna
  • 2 sb Minyak
  • Kicap Manis
  • Mayonis
  • Japanese Dried Bonito (dried fish flakes)

1. Satukan tepung jagung bersama telur, kobis & tuna.

2. Panaskan minyak atas kuali.

3. Letak bancuhan (1) atas api perlahan selama lbh kurang 5min. (macam nak buat lempeng). Tutup kuali.

4. Kemudian terbalikkan dan masak lagi lbh kurang 5min.

5. Setelah masak, sapukan dengan kicap manis & mayonis.

6. Taburkan dengan fish flakes & hias sekali lagi dengan mayonis.

Tuesday, October 20, 2009

Agedashitofu

Gi sopping barang dapur tadi, ntah camne tangan ni gatal lak gi amik silk tofu. Sebenornye ibu bukannye suke makan tofu... yg suke hanyalah mr hb ku sorang je!

Dah sampai kat umah masa dok kemas barang2 tu sume nak masuk esbok, baru prasan tofu tu.... alahai, nak wat masak apa lak aih!

Emm... last2 jadik la Agedashitofu, masakan owg jepun.... Mr hb memang sukak segala jenis tofu ni, so buat masak apa pon sedap je! hehehe.... Tapi kalo ikut owg jepun, deyrang letak dashi (stok ikan). Ibu ubah skit ar.... ikut citarasa ibu.... kihkihkih.

Agedashitofu

  • 2blok Silk Tofu
  • 1cwn Air
  • 1sb Kicap manis
  • 1sb Sos Tiram
  • Secubit Garam
  • Secubit Kiub Ayam
  • 1biji Telur Putih
  • Tepung Jagung

Hiasan :

  • Daun Bawang
  • Bijan

1. Satukan semua bahan2 kecuali tofu, telur & tpg jagung. Masak atas api sederhana.

2. Kemudian masukkan telur putih yg tlh dikacau. Dengan menggunakan acuan roti jala putar kedalam (1) sambil kacau kuah.

3. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung masak hingga agak likat.

4. Letakkan tofu didalam piring dan simbah dengan kuah telur.

5. Bolehlah dihias mengikut citarasa sendiri.

6. Sedap dimakan panas2 ngan nasi putih dan sedap juga dimakan begitu saja.

Tuesday, August 11, 2009

Jishin

Pepagi lepas subuh td lbh kurang kol 5.07am, kat cni berlaku jishin (gempa), berskala 3. Alhamdulillah, takde apa2....lbh kurang dlm 1-3min kot! Bergoyang jugak la umah nih dibuatnya.... Moga2 kite semua dilindungiNya, aminn.

Ibu buatkan Takoyaki @ Kaniyaki je la untuk sarapan sekeluarga. Walopon baru lepas jishin tapi nak kena isi perut gak! ye tak!

Ibu tak letak tako sbb anak2 xsuke ngan tako tu, keras kata deyrang. So, ibu tukar buh kani je la...kani pon bukan la kani betul, ibu pakai crabstick je yg dipotong kecik2.

Takoyaki

Untuk Adunan :

* 1 2/3cwn Tepung

* 2 1/2cwn Dashi soup (air rebusan ikan tongkol parut)

* 2biji Telur

* Minyak untuk melenser acuan

Untuk Isi :

* 1/2kg Sotong rebus, potong kecil2 (sotong tayar, yg besar2 bukan yg kecil. boleh juga digantikan dgn udang @ crabstick)

* 1/4cwn daun bawang

* 1/4cwn serbuk udang kering/udang geragau

* 1/4cwn kobis cincang

Untuk Hiasan :

* Katsuobushi (ikan parut kering/fish flakes)

* Aonori (serbuk green seaweed)

* Kicap manis

* Sos tiram

* Mayonis

- Adunkan tepung, dashi soup dan telur didalam mangkuk. Kacau supaya tak berketul.

- Panaskan acuan takoyaki & lenser minyak sikit.

- Tuang adunan kedalam acuan (separuh).

- Masukkan sotong, daun bawang, serbuk udang & kobis.

- Tuang lagi adunan menutupi keseluruhan acuan.

- Balik2kan adunan dengan menggunakan lidi sehingga menjadi bulat & masak sehingga kekuningan.

- Boleh diangkat dari acuan.

- Ulang langkah membuat takoyaki sehingga habis adunan.

- Hias dengan mayonis, sos tiram, kicap manis, taburkan katsuobushi & aonori.

# Resipi atas permintaan Ahliahnizam. Sori la erk ahliahnizam, lambat akak bg resipinye...

Sunday, July 19, 2009

Ya Beda Bedu...

Yeee haaa....ya beda bedu....dah masuk natsu yasumi (summer holiday) utk anak2 ibu! So....ibu pon yasumi jugak la dari buatkan bentou (bekal) utk deyrang! (amboi mak! sukenya ibu kalo anak2 holiday - 1month tau!...)

Mesti la ibu hepi, mau x nye....x yah poning2 kepala pikior kan bentou apa nak wat utk deyrang! Ibu boleh la goyang kaki skit! Tapiiii.... x jugak ar, hehehe... mmg deyrang holiday dr skul, x yah susah2 nak buat bentou! Cumanya lagi byk permintaan nak MAKAN bila deyrang dok lepak je kat umah ni! Tak goyang kaki jugak la jawabnya....

Ok la... x pe utk anak2 ibu yg terchenta.... asalkan anak2 ibu dok diam2 & x kacau ibu! Dah lama ibu x buat chawan mushi (japanese recipe). So, apa kata kita makan Chawan Mushi (Egg Custard - tea cup steam) sambil layan kepanasan...

Ceduk skit tengok isi kat dalam tu.... ada ebi, hotate, kinouko, asuparagusu (udang, sejenis siput - kemudi/kepah, cendawan, asparagus). Emmm, kalo boleh sume benda nak letak! hahaha....

Sunday, July 12, 2009

Terkena Penyakit...

Ntah ar sebab pe...dlm minggu nie ibu terkena penyakit nak makan masakan ala2 nipon jea...Tapi, bukan gi makan kat restoran nihonjin la...(kalo halal, dah lama ibu serbu). Kena la ibu buat sendirik kalo tingin nak makan apa2 masakan deyrang nie!

Kali nie, anak2 minta ibu buatkan Chicken Teriyaki. Ish! x kan nak makan tu je...mcm x de pasangan la pulak! Jadik ibu pon dah terlanjur nak buat masakan jepun, sekali arung la buatkan juga Koroke...Tapi koroke tu, ibu salut ngan telur je (dah mcm begedil la plak!) sbbnya dah kehabisan stok bread crumb!

Ok ... ni la Chicken Teriyaki & Kani Koroke yang telah selesai dimakan dek ibu sekeluarga... eeerkk...alhamdulillah! (hah ko, sendawa panjanggggg...)

Chicken Teriyaki

  • 2ketul Ayam (boneless)
  • 2sb Kicap Pekat
  • 2sb Air
  • 2sb Gula Perang
  • 2sb Minyak Sayur
  • Halia parut secukupnya

1. Cucuk2 ayam dengan garfu.

2. Campurkan semua bahan dalam satu bekas.

3. Masukkan ayam yg telah dicucuk2 & perap selama 1jam didalam peti sejuk.

4. Panaskan minyak dlm kuali non stick dengan api sederhana.

5. Goreng ayam yang diperap pada bahagian kulit terlebih dahulu hingga keperangan.

6. Kemudian terbalikkan, goreng bahagian dalam dengan api perlahan.

7. Tuangkan sos yang digunakan untuk perapan tadi. Tutup kuali & biarkan masak secara stim.

8. Angkat tudung kuali & biar mendidih perlahan2 hingga sos pekat.

9. Tutup api & potong ayam mengikut kesukaan. Tuang sos pekat diatas ayam teriyaki.

10. Boleh dihias dengan parutan halia (optional).

* Ada yang bertanya cmne nak buat chicken teriyaki nie, so akak hupdetkan resipinye.

Thursday, July 9, 2009

Kocek Doraemon

Ish kalo la ibu leh jadik doraemon, kan senang...selok kocek bawa kuar apa yg ibu tingin.... hehehe, citer dongeng!

Meh cni doraemon, ibu nak selok kocek tu....apa la yg ada ni erk! Godek3 sat dlm kocek doraemon ni, ada tak apa2 alat yg leh letak kat dapok ibu!

Tara....ibu dapat nie la dr kocek doraemon....mesin pembuat Maki Zushi & Onigiri....Yatta!

Dan x ketinggalan gak! Doraemon sempat kasik kat ibu makanan kesukaannya.... x len x bukan....jeng...jeng...jeng.... Dorayaki ....tapi yg nie versi mat saleh ar...inti cokoreto bukannya kacang merah!

* Ada yg tanya nape dorayaki ni x bercantum/tutup dgn len pekataan tebukak ar...haha! jawapannya sebab dorayaki ni versi mat saleh & nak2 la ni musim hot...emm kene la bukak2 skit...sexy gitu....hehehe....

Dorayaki :

* 3biji Telur

* 2/3cwn Gula

* 1/2st Soda Bikarbonate

* 3sb Air

* 1cwn Tepung Gandum

* Inti Kacang Merah secukupnya

1. Masukkan telur bersama gula kedalam bekas & kacau sebati.

2. Kacau soda bikarbonate bersama air.

3. Kemudian masukkan campuran (2) ke dalam (1).

4. Masukkan tepung yang telah diayak ke dalam campuran (3) dan gaul rata.

5. Panaskan kuali (non stick) dengan api perlahan.

6. Tuangkan sesenduk adunan (lbh kurang 4" diameter). Tutup kuali & biarkan seketika sehingga adunan masak ataupun kelihatan gelembong2 kecil diatas permukaan adunan.

7. Ulang langkah (6) sehingga adunan habis.

8. Ceduk sesudu inti diatas pancake dan ratakan kemudian tutup dengan sekeping pancake lagi.

Inti :

*1cwn Kacang Merah

*2cwn Gula

*1st Garam

1. Rendam kacang merah semalaman.

2. Rebus kacang merah hingga lembut & tapis buangkan air rebusan.

3. Campur gula & garam, gaul sebati.

* Selain inti kacang merah, boleh juga digantikan dengan jem/peanut butter kesukaan anda.

* Resipi atas permintaan kak asma.

Thursday, April 23, 2009

Ensouku

Along ada kegiatan luar sekolah (ensouku) ke Gamagori la pulak!  Ibu kena la buat bento (bekal) yg senang along nak makan masa ensouku tu....  So, masakan jopung la jawabnya, Onigiri & Okonomiyaki. Onigiri tu ala2 nasi kepal laa...n okonomiyaki lak mcm lempeng....ish cakap pasai lempeng nie, teringin plak ibu nak makan lempeng kelapa panas2 cicah ngan kari...wuish, sehingga menjilat jari uuu....nnt la bila2 senang blh la wat lempeng kelapa lak!

                                  Onigiri aka Nasi Kepal 

                              Okonomiyaki aka Lempeng   

Wednesday, April 8, 2009

Ala-ala Jepun...

                                        **  ~Haa....siap ada ringo lagik!

Teringin nak makan masakan ala2 jepun la plak! Nak makan kat kedai jepun xleh. So....try & error je la jawabnya (tgk rancangan masak kat TV).  Tara...siap masakan ala-ala jepun gitu.... dpt la jugak merasa walaupon agak "kureng"....hahaha....1st time la katakan... Tapi boleh tahan gak la buat isi perut yg berkeroncong, nak2 makan ngan nasi panas2... (Gohan, Hijiki No Sarada, Moyashi No Miso & Shoyu Sakana)

Scenery