Hah! dah jumpa pon pizza! Tapi pizza nie x menarik ar....kosonggg je. Nak wat camne, anak2 ibu x suke pizza yg ada kaler midori gitu! Kena la ibu carikkan pizza yg simple jea...hehehe! Jadik la, leh gak wat makan petang! Jom makan Kani Sausage Pizza...
Blog mengenai menu masakan hasil dari gadingan tangan kiri dan kanan ketika berada di dapur. Ada yang moden dan ada yang asli, ada juga mix dari gabungan idea ketika aku berada di Nippon...
Friday, July 10, 2009
Takekoputa
Hujan Emas, Hujan Batu
Hujan emas negara owang, hujan batu negara sendirik, manakah pilihan anda....? (ntah ar, x penah rasa 2 - 2 hujan tu...kah3)
Dah ar, jgn dok mengarut la ibu oi....jom makan Nasi Lomak Sambal Udang nie lagi sodap!
Thursday, July 9, 2009
Kocek Doraemon
Meh cni doraemon, ibu nak selok kocek tu....apa la yg ada ni erk! Godek3 sat dlm kocek doraemon ni, ada tak apa2 alat yg leh letak kat dapok ibu!
Tara....ibu dapat nie la dr kocek doraemon....mesin pembuat Maki Zushi & Onigiri....Yatta!
Dan x ketinggalan gak! Doraemon sempat kasik kat ibu makanan kesukaannya.... x len x bukan....jeng...jeng...jeng.... Dorayaki ....tapi yg nie versi mat saleh ar...inti cokoreto bukannya kacang merah!
* Ada yg tanya nape dorayaki ni x bercantum/tutup dgn len pekataan tebukak ar...haha! jawapannya sebab dorayaki ni versi mat saleh & nak2 la ni musim hot...emm kene la bukak2 skit...sexy gitu....hehehe....
Dorayaki :
* 3biji Telur
* 2/3cwn Gula
* 1/2st Soda Bikarbonate
* 3sb Air
* 1cwn Tepung Gandum
* Inti Kacang Merah secukupnya
1. Masukkan telur bersama gula kedalam bekas & kacau sebati.
2. Kacau soda bikarbonate bersama air.
3. Kemudian masukkan campuran (2) ke dalam (1).
4. Masukkan tepung yang telah diayak ke dalam campuran (3) dan gaul rata.
5. Panaskan kuali (non stick) dengan api perlahan.
6. Tuangkan sesenduk adunan (lbh kurang 4" diameter). Tutup kuali & biarkan seketika sehingga adunan masak ataupun kelihatan gelembong2 kecil diatas permukaan adunan.
7. Ulang langkah (6) sehingga adunan habis.
8. Ceduk sesudu inti diatas pancake dan ratakan kemudian tutup dengan sekeping pancake lagi.
Inti :
*1cwn Kacang Merah
*2cwn Gula
*1st Garam
1. Rendam kacang merah semalaman.
2. Rebus kacang merah hingga lembut & tapis buangkan air rebusan.
3. Campur gula & garam, gaul sebati.
* Selain inti kacang merah, boleh juga digantikan dengan jem/peanut butter kesukaan anda.
* Resipi atas permintaan kak asma.
Wednesday, July 8, 2009
Jemu...
Memandangkan ibu nie dah dikategorikan dlm senarai cepumas tu, emmm... ibu masak nasi nih je la, sonang citer... len la cikit dari nasi putih tu! haha...sekurangnye ada gak rasa dari nasi putih x de rasa tu!
7 Ayat Cinta
Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..
1.Bismillahhirrahma nnirrahim :pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2.Alhamdulliah :pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.
3. Astagfirrullah: jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.
4.Insyaallah: jika ingin muelakukan sesuatu pada masa akan datang.
5.Lahaulawalaquatai llahbillah: bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.
6.Innalillah: jika menghadapi musibah atau melihat kematian.
7.Laailaahaillallah :bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya. amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.
# Sumber Internet
Tuesday, July 7, 2009
Award Lagi...
Nyaman Terasa
Panas2 camni x kene la pulak nak makan kueh je kan? Jom kite minum dulu..... Ahhh... nyaman rasenye tekak ibu nih bila masuk je Jus Suika nih! Alhamdulillah....
Kueh Talam Berlauk
1cwn Tepung Gandum
2sb Tepung Jagung
3cwn Santan
1st Garam
1biji Telur
Bahagian Lauk :
200g Ayam yang dipotong2 kecil
1biji Bawang besar dicincang
1/2peket Rempah ayam
2biji Cili merah dicincang
1sb Minyak untuk menumis
Garam Sesedap rasa
Daun Sup/Bawang diracik
1- Gaul sebati semua bahan bahagian bawah, boleh juga dikisar.
2- Sapu sedikit minyak pada bekas pembakar.Tuang bahan yang dikisar.
3- Bakar selama 30min pada suhu 180 C.
4- Sambil menumis & masak bahan bahagian lauk seperti biasa.
5- Setelah bahagian bawah siap dibakar, keluarkan & tabur bahagian lauk, bakar semula selama 20min.
6- Dekiagari.
* Oleh kerana ada yang bertanya camne kueh ni...so akak sertakan resipinye.
Monday, July 6, 2009
Ntah Apa
Jom intai, jenguk, tengok kek yg ibu buat nih! Ntah kek apa ntah, men sedap ati je...tapi rasanya, alhamdulillah boleh tahan gak! Mr hb tanya "kek apa pulak ni?"....secara spontan je terkuar dari mulut ibu ni... "Kek Cornflake 3 Rasa"....wuish panjangnya nama....hehehe... sebabnya letak cornflakes & lapisan tu plak ada 3 rasa (cokelat, pandan & ichigo).
Kek Cornflake 3 Rasa (Bekas 7")
100g Tepung Gandum
100g Cornflake Hancur
100g Butter
50g Gula
50ml Susu Segar
5biji Telur
1st Esen Vanilla
3jenis Perasa (Cokelat, Pandan & Strawberi-optional, ikut apa yg ada)
1- Panaskan oven pada suhu 180C.
2- Ayak tepung.
3- Pukul butter bersama gula hingga kembang.
4- Masukkan telur satu persatu dan susu segar.
5- Kemudian masukkan tepung & cornflakes dan putar hingga sebati.
6- Akhir sekali masukkan esen vanilla.
7- Bahagi adunan kepada 3 bahagian & setiap satu dicampur dengan setiap perasa.
8- Tuang 1 bahagian, bakar selama 10min.
9- Ulangi 1 bahagian lagi. Bahagian yang ke 3 dibakar selama 20min @ hingga masak.
10- Dekiagari.
* Resipi atas permintaan kak ina.
Sunday, July 5, 2009
Acu dah 2sai
Friday, July 3, 2009
Kani
Thursday, July 2, 2009
Emmm...
Wednesday, July 1, 2009
Suke x Suke Licin Gak!
Sori la gmbo x cantik gitu...xpandai nak hias menghias nih! Hah! abis jugak rebung ibu tu! Bukan apa, deyrang suke makan salmon so bila campur ngan rebung pon deyrang bedal jea...

